Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Mukadimah Edisi Bahasa Melayu ( Muqaddimah ) - Ibnu Khaldun - Biblio Press
5.0
1 Penilaian
1 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Nov 21, 2024 - Nov 28, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 90
Gambaran Kedai
Ilmspot Bookshop
4 minutes ago
Produk 19
Pengikut 1
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Politics, Law & Social Sciences
Brand
: Biblio Press
Model
: Not Specified
SKU
: 9789670040530
Dimension (Length x Width x Height)
: 18.00 x 25.00 x 7.00
Weight(kg)
: 1.4
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Tajuk: Mukadimah Edisi Bahasa Melayu ( Muqaddimah ) - Ibnu Khaldun 

ISBN: 9789670040530 

Terjemahan: Sidang penterjemah Dewan Bahasa & Pustaka 

Penerbit: Biblio Press 

Tahun Terbitan: Sep 2023 

Muka Surat: 626m/s Halaman: Hitam Putih 

Format: Hardcover 

SINOPSIS

Sejak 600 tahun dahulu, dunia Islam mengenali dan menyanjungi Ibn Khaldun sebagai satu sosok pemikir, filsuf, penulis, ahli sosiologi, dan politikus besar yang telah mewarnai sejarah dunia. Beliau lahir di Tunis ketika kesatuan umat Islam sedang terancam dengan ancaman dalaman dan luaran. Sebagai saksi mata terhadap kucar-kacir dan segala perubahan masyarakat yang berlaku, beliau menumpahkan ideanya dalam tulisan-tulisan serta makar politiknya. Kitab Mukadimah ini merupakan jilid pertama daripada kitab yang lebih besar, iaitu Kitab al-'Ibar, sebuah percubaan Ibn Khaldun untuk menulis sejarah universal umat manusia sepanjang sejarah yang diketahui dan mampu diakses oleh beliau. Bukan itu sahaja, sebelum bermula menghuraikan sejarah segala umat dan bangsa yang ada di muka bumi, beliau berusaha menghuraikan dahulu jenis-jenis masyarakat, bagaimana masyarakat berubah, hubungan masyarakat dengan budaya dan persekitarannya masing-masing, dan pelbagai inkuiri lagi. Oleh sebab itulah, menurut ramai pemikir zaman moden ini, Ibn Khaldun selayaknya diangkat sebagai pengasas ilmu sosiologi moden. Selain itu, Ibn Khaldun juga melakukan percubaan untuk mendefinisikan ketamadunan manusia berserta ciri-cirinya. Setelah ribuan tahun manusia bertamadun, dan setelah banyak percubaan untuk menghuraikan persoalan ketamadunan, Ibn Khaldun turut meneruskan usaha ini. Perkara ini adalah penting supaya kerangka pemahaman kita terhadap sejarah menjadi lebih terpandu, berpaksikan konteks yang jelas, dan tidak mencampuradukkan konteks-konteks kemasyarakatan yang berbeza tamadunnya. Penerbitan semula Kitab Mukadimah yang agung ini dalam Bahasa Melayu dengan suntingan baharu dalam edisi ini merupakan usaha untuk memperkenalkan semula Ibn Khaldun ke dalam kesedaran massa para pembaca berbahasa Melayu. Pada masa yang sama, diharapkan wacana tentang politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, sejarah, bahkan ketamadunan sekalipun, akan menjadi lebih matang dan berwibawa apabila idea-idea Ibn Khaldun dapat dirujuk dengan lebih mudah oleh khalayak pembaca..

Penilaian produk
5.0 / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.