Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Set Lengkap Nasi Kerabu Thailand Mudah dan Cepat DIhidangkan
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 50.00

Penghantaran Dari
Mainland China
Anggaran Penghantaran
Nov 22, 2024 - Dec 13, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 57.07
Gambaran Kedai
Munich
10 minutes ago
Produk 43716
Pengikut 103
Penilaian 4.5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Groceries & Pets  >  Dried & Canned Foods  >  Instant Foods
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: D4FZ8LH8
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Mainland China

Deskripsi Produk
1 set ada
- SAMBAL IKAN
- KELAPA GORENG
- BUDU

RESEPI Nasi Kerabu

Bahan yang diperlukan dan cara penyediaan:

Nasi biru
Bahan-bahan:
- Sebatang serai (diketuk)
- 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
- Beras biasa
- Bunga telang (boleh guna pewarna biru jika tiada)
- 3 titik pewarna biru

Cara-cara:
1. Basuh beras, campur semua bahan dan masak nasi.

Sambal nyor atau sambal kelapa
Bahan-bahan:
- 1 biji kelapa parut
- 6 ekor ikan selayang
- 2 batang serai
- 7 biji bawang merah kecil
- 2 keping hirisan halia
- Lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak menggunakan api sederhana sehingga kelapa parut menjadi perang.
2. Rebus ikan selayang dengan asam keping dan garam secukup rasa. Ambil isi ikan. Ketepikan.
3. Goreng atau sangai ikan sehingga kering dalam kuali tanpa minyak. Ketepikan.
4. Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk lumat. Keluarkan dari lesung.
6. Tumbuk kelapa yang digoreng tadi.
7. Campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

Tumis budu
Bahan-bahan:
- 2 batang serai (1 diketuk dan 1 dikisar)
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 3 keping hirisan halia
- 10 tangkai cili kering
- 2 sudu besar gula melaka
- 5 sudu besar budu (brand tak kisah)
- Santan
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk aji

Cara-cara:
1. Kisar serai, bawang merah kecil, bawang putih, hirisan halia, cili kering dan gula melaka.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan serbuk aji secukup rasa.

Air lada atau sambal cuka
Bahan-bahan:
- Cili padi secukup rasa
- Cuka makan secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Sebiji limau nipis (untuk diperah)

Cara-cara:
1. Kisar cili padi, cuka, dan garam. Perah limau nipis.

Ulaman
Bahan-bahan:
- Daun serai atau daun samak
- Kacang panjang
- Bunga kantan
- Taugeh
- Kobis
- Daun kesun
- Timun batang
- limau nipis

Cara-cara:
1. Hiris semua ulam.

Daging bakar
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging
- Sebatang serai
- 3 keping hirisan halia
- 3 keping keping hirisan lengkuas
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Blend serai, halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih.
2. Lumur semua bahan kisar, garam dan gula pada daging.
3. Perapkan satu malam.
4. Bakar sehingga masak.


#pewarnathai #pewarnanasikerabu #pewarnabiru
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.