Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Resipi Dari Dapur Rosehayatie Oleh Roshayati Jamaludin (Kulit Lembut) ISBN: 9789674145149
No Rating Yet
0 Dijual

/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
May 29, 2024 - Jun 05, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

100 Unit lagi
Jumlah
RM 45.37
Gambaran Kedai
Shopping Mall
25 minutes ago
Produk 44816
Pengikut 112
Penilaian 4.5
Sertai 6 Months Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Recipes & Cooking
Brand
: NoBrand
Model
: Not Specified
SKU
: L4846FX2
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 15.00 x 20.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Setiap orang pasti ada cara memasak mereka tersendiri, yang mana kita gelarkan sebagai air tangan, bermula daripada teknik menyediakan bahan, hinggalah saat api ditutup menandakan makanan sudah siap dimasak. Oleh sebab itu, rasa makanan tetap berbeza jika dimasak oleh individu yang berbeza. Lebih-lebih lagi jika masakan kita disediakan ikhlas dari hati, dijamukan pula kepada orang yang tersayang.

Menghimpunkan pelbagai menu yang menjadi kegemaran beliau seperti Rendang Ayam, Ikan Patin Tempoyak dan Singgang Ikan Tongkol, buku masakan ini disertakan dengan langkah demi langkah yang mempamerkankini. Resipi-resipi tersebut kini dibukukan dengan satu harapan, iaitu agar ianya dapat menjadi rujukan dan kenangan kepada beliau dan keluarga tersayang.

Seterusnya dapat menjadi inspirasi kepada pembaca dan pengikut-pengikut beliau di laman sosial Rosehayatie Kitchen.

Nukilan resipi-resipi ini membariskan pelbagai jenis menu masakan kampung. Resipi-resipi yang terkumpul di dalam buku ini juga mampu diikuti oleh sesiapa sahaja di luar sana, sama ada yang mahu belajar memasak, mahupun buat mereka yang cintakan masakan Melayu dan ingin mendalami serta menambah baik cara masakan mereka.

Kepelbagaian resipi yang telah dipelajari beliau dari usia remaja hingga

Isi Kandungan:

18 Kari Ayam
20 Kurma Ayam
22 Ayam Masak Kicap
24 Ayam Paratal
26 Sambal Ayam
28 Ayam Goreng Kunyit
30 Rendang Ayam
32 Ayam Berlada
34 Masak Lemak Ayam
36 Asam Pedas Ayam
38 Sup Ayam Tumis Darat
42 Daging Lada Hitam
44 Rendang Daging
46 Daging Masak Hitam
48 Masak Lemak Perut Lembu dan Nangka Muda
50 Asam Pedas Daging
52 Daging Dendeng
54 Kari Daging
56 Paru Berlada
58 Sup Tulang Tumis Darat
62 Kari Udang
64 Asam Rebus Ikan
66 Singgang Ikan Tongkol
68 Sotong Tumis Serai
70 Gulai Ikan Kembung
72 Sup Ikan
74 Laksa Utara
76 Ikan Berlada
78 Sambal Ikan Bilis Petai
80 Ikan Patin Tempoyak
82 Sambal Sotong
84 Sambal Udang Petai
86 Masak Lemak Ikan Masin dan Nanas
88 Ikan Masak Cuka
92 Air Asam Kerisik
94 Asam Rebus Batang Keladi
96 Masak Lemak Nangka dan Ikan Masin
98 Pajeri Nanas
100 Pajeri Terung
102 Kerabu Pucuk Paku


Tentang Penulis :

Roshayati Jamaludin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berkongsi video masakan di laman media sosial Instagram pada tahun 2016.

Menggunakan nama pengguna Rosehayatie_ Kitchen, beliau mula memuat naik video tutorial masakan hanyalah atas dasar suka-suka. Hari demi hari, muncul rasa minat untuk terus membuat perkongsian video masakan setelah mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjungpengunjung media sosial Instagram tersebut.

Sejak mendirikan rumah tangga khususnya, minat untuk memasak sudah pun sebati dengan diri beliau. Resipi masakan makanan yang banyak beliau kongsikan ini banyak diilhamkan daripada ibu beliau, saudara-mara serta kenal-kenalan di laman sosial.

Laman Instagram beliau dijadikan sebagai satu platform utama yang memberi peluang kepada beliau untuk membuat perkongsian kepada semua pengikut beliau tentang resipi masakan tradisional yang enak dan juga masakan kampung yang ringkas yang menjadi kegemaran keluarganya.

Kini, laman sosial Instagram Rosehayatie_Kitchen merupakan antara akaun masakan terkenal yang menjadi tempat rujukan utama ramai pengunjung yang mahu belajar masakan dan juga merekamereka yang mencari inspirasi dan idea menu masakan.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.