- Satu inovasi dalam pengajian asas Al Quran yang mudah dan cepat dengan menggunakan pendekatan yang interaktif. Formula ini mudah kerana pengejaan perkataan-perkataan Arab kepada/dengan tulisan rumi yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Asia Tenggara ini. Dengan penekanan melalui 6 langkah utama yang diterapkan dalam formula ini, dibantu dengan aplikasi 6 kemahiran diri, seseorang dapat membaca Al-Quran.
- Set naskhah ini mempunyai keunikan dari segi susunan silibus pembelajaran yang teratur. Ia digubal berdasarkan kajian dan pengalaman mengajar oleh pengasas. Dimulai dengan memperkenalkan 6 kemahiran dan 6 elemental yang mesti dikuasai bagi membantu mempercepat proses pembelajaran.
- Kekuatan Iqra’ Pro Plus ialah memperkenalkan tatacara bertatih dalam bacaan. Kaedah sebegini belum pernah diperkenalkan dalam mana-mana pembelajaran Al-Quran. Tatacara ini penting dan sangat membantu orang yang baru membaca Al-Quran dengan lebih sistematik dan teratur kefasihannya.