POLISI PEMBATALAN, PENUKARAN, PEMULANGAN DAN PENGEMBALIAN WANG
(dibaca bersama dengan Terma dan Syarat serta Syarat Perkhidmatan)
BAHAGIAN A – PEMBATALAN |
|
Proses
|
Penerangan |
Keadaan yang terpakai |
1. |
Pembatalan oleh Pembeli
|
*Untuk penjual-penjual dan produk-produk tertentu, akan dikenakan fi pembatalan 10%. Fi pembatalan akan ditolak daripada jumlah bayaran balik. Pembeli boleh membatalkan pembelian mereka dengan persetujuan Penjual semasa status order pada platform dinyatakan sebagai “Payment Accepted”.
Setelah persediaan untuk penghantaran Produk sedang dijalankan (di mana status pada platform dinyatakan sebagai “Sedang Diproses”), sebarang pembatalan akan memerlukan persetujuan Penjual dan PGMall, tertakluk kepada syarat Perjanjian Penjual.
Sebaik sahaja suatu Produk dihantar keluar, status pesanan pada platform akan ditukar menjadi “Telah Dihantar” di platform. Pesanan tidak dapat dibatalkan lagi pada masa ini, dan sebarang pembatalan perlu dilakukan melalui proses pemulangan seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B Polisi ini.
Pembeli boleh melaporkan kepada khidmat pelanggan PG MALL atau emel ke enquiry@pgmall.my dalam masa 7 hari dari tarikh kemas kini status pesanan kepada “penghantaran diterima”. Sebarang laporan yang dibuat oleh pembeli selepas 14 hari dari tarikh status “Delivered” adalah tidak sah. |
Penjagaan Produk Sekiranya Pembeli tidak sempat melakukan pembatalan pesanan untuk Produk itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam Artikel A.1 (a) dan Artikel A.1 (b), dan Produk itu telah dihantarkan kemudian, pembeli tidak boleh menggunakan Produk itu dan harus berhati-hati untuk memastikan bahawa tiada kerosakan berlaku pada Produk itu. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada Produk itu, Pembeli perlu menanggung kos untuk sebarang penggunaan, haus dan lusuh atau kerosakan terhadap Produk itu.
|
2. |
Pembatalan oleh Penjual |
Penjual boleh membatalkan pesanan di mana stok tidak cukup untuk memenuhi pesanan tersebut, di mana akan berlaku kelewatan yang tidak munasabah dalam mendapatkan Produk ataupun di mana Produk telah diiklankan atau diletak harga secara salah. Dalam keadaan sedemikian, Pembeli: - (a) akan diberitahu mengenai pembatalan tersebut melalui platform dan e-mel (b) berhak mendapat bayaran balik penuh harga pembelian yang telah dibayar (tidak termasuk jumlah kupon) termasuk yuran penghantaran jika berkenaan. |
Penjual dinasihati untuk membaca Polisi ini bersama-sama dengan Syarat Perkhidmatan berkaitan dengan alasan-alasan masa bila seorang Penjual boleh membatalkan pesanan dengan wajar. Pembatalan berulang kali tanpa sebab/ justifikasi yang berasas, yang mengakibatkan Penjual tidak dapat mematuhi Tahap Perkhidmatan Penjual, akan memberi hak kepada PG Mall untuk mengenakan denda ke atas Penjual tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Syarat Perkhidmatan. |
3. |
Pembatalan oleh PG Mall
|
PG Mall berhak untuk membatalkan sebarang pesanan/ transaksi di mana dianggap sesuai oleh PG Mall untuk: - (a) memastikan pematuhan dengan undang-undang; (b) melindungi kepentingan PG Mall, Penjual, Pembeli dan/atau pihak ketiga yang berkaitan; dan/atau Alasan lain yang dianggap sesuai oleh PG Mall. PG Mall boleh memulakan prosedur pengembalian wang tanpa permintaan dibuat oleh pembeli, dan kedua-dua Pembeli dan Penjual akan diberitahu tentang pembatalan tersebut secara bertulis.
|
Tidak Berkenaan |
BAHAGIAN B – PEMULANGAN, PENGEMBALIAN WANG DAN PENUKARAN
|
|
Syarat-syarat
|
Penerangan |
Situasi berkenaan |
1. |
Hak untuk Pengembalian Wang/ Penukaran - Produk yang Cacat atau Tidak Mematuhi diskripsi |
Pembeli berhak mendapat pengembalian wang atau penukaran Produk dalam situasi berikut: (a) Produk defektif Produk adalah defektif sekiranya ia: - (i) tidak sesuai untuk tujuan penggunaannya; (ii) tidak sesuai untuk dimakan; (iii) mempunyai reka bentuk cacat; (iv) telah dipasang atau dibuat dengan cacat; dan/atau (v) berbahaya atau memudaratkan untuk penggunaan biasa (b) Produk tidak mematuhi deskripsi/ kriteria Pengembalian wang atau penukaran dibenarkan jika Produk yang dihantar: (i) adalah produk yang berbeza atau salah; (ii) mempunyai spesifikasi yang berbeza daripada apa yang diiklankan atau dipesan, seperti fungsi berbeza, warna atau ukuran yang salah; (iii) mempunyai bahagian yang hilang; dan /atau (iv) tiada barang yang dijanjikan (seperti hadiah percuma)
|
Pengecualian Umum Penjual boleh menolak sebarang permintaan untuk pemulangan atau penukaran dalam salah satu kes seperti berikut: (a) Produk yang dihantar rosak atas sebab yang diakibatkan oleh Pembeli; (b) nilai Produk telah dikurangkan dengan ketara kerana penggunaan atau penggunaan sebahagiannya oleh Pembeli; (c) nilai Produk telah dikurangkan dengan ketara sehingga Produk tersebut tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk dijual semula; (d) pembungkusan Produk sudah rosak; (e) apabila Pembeli mengadu masalah keserasian terhadap Produk yang dijual oleh Penjual Global, di mana masalah tersebut telah diterangkan dan disenaraikan dengan jelas dan secukupnya di laman Produk Penjual Global; dan / atau (f) terdapat alasan lain yang munasabah di mana Pembeli mungkin tidak berhak untuk meminta pengembalian wang atau penukaran, sebagaimana yang diputuskan oleh PG Mall.
|
2. |
Produk Tidak Boleh Dipulangkan/ Tidak Boleh Ditukar |
Permintaan oleh Pembeli untuk pengembalian wang atau penukaran Produk dalam kategori berikut tidak dibenarkan: - (a) Barang elektronik pengguna; (b) Pakaian dalam, seluar dalam atau pakaian intim lain; (c) Pakaian Renang; (d) Produk kecantikan dan kosmetik; (e) Wangian; (f) Produk yang disuaikan; (g) Baucar elektronik (jika ada) untuk barang dan perkhidmatan (baucar boleh dimuat turun dengan segera setelah pembayaran harga pembelian); (h) Cakera padat (CD) dan Cakera Video Digital (DVD); (i) Produk farmaseutikal; dan (j) Makanan yang mudah rosak
|
Sila ambil perhatian pengecualian berikut: - (a) barang elektronik pengguna mungkin diterima untuk dipulangkan jika bungkusan asli tidak dibuka (dengan pelekat meterai pada kotak tidak diusik); dan (b) baucar elektronik yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan pelancongan mungkin dikembalikan tertakluk kepada syarat dan terma khusus seperti dijelaskan dengan terperinci dalam Artikel B.I.4 di bawah.
|
3. |
Peruntukan Khusus untuk Baucar Elektronik yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan Pelancongan |
1. Kewajipan Penjual terhadap E-baucar dan Perkhidmatan Penjual yang menjual baucar elektronik yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan pelancongan (“e-baucar”) di Platform mesti memastikan perkara berikut: - (a) Garis Panduan Penebusan yang Jelas. Penjual mesti menyatakan dengan jelas di laman Produk, dengan huruf TEBAL dan MERAH yang berikut: -; (i) tempoh penebusan e-baucar; (ii) tempoh sah e-baucar; dan (iii) cara penebusan e-baucar, mesti menyatakan secara khusus bahawa Pembeli dikehendaki menghubungi Penjual secara langsung untuk menebus e-baucar yang dibeli. (b) Tempoh Penebusan Minimum 14 Hari. Semua e-baucar mesti mempunyai tempoh penebusan minimum sekurang-kurangnya empat belas (14) hari dari tarikh pembelian oleh Pembeli. (c) Tempoh Sah Minimum 7 Hari. Semua e-baucar mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dari tarikh pembelian oleh Pembeli. (d) Maklumat Perhubungan yang Sah. Penjual mesti memberikan sekurang-kurangnya satu (1) nombor hubungan yang sah dan satu (1) alamat e-mel yang sah di laman Produk agar Pembeli dapat membuat sebarang reservasi atau tempahan. (e) Balasan Segera. Penjual harus responsif terhadap sebarang permintaan atau pertanyaan yang diterima dari Pembeli sebagaimana yang dikehendaki di bawah Syarat Perkhidmatan. Sekiranya Pembeli tidak dapat menghubungi Penjual dan meminta bantuan dari PG Mall, PG Mall akan cuba menghubungi Penjual bagi pihak Pembeli, dan jika tiada balasan diterima dalam tiga (3) hari dari percubaan pertama, PG Mall akan berhak untuk membatalkan transaksi dan pengembalian wang penuh akan dibuat kepada Pembeli. 2. Syarat-syarat Khas untuk Pembayaran Jumlah Penyelesaian Tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung dalam Perjanjian Penyelesaian, pemindahan Jumlah Penyelesaian kepada Penjual untuk sebarang e-baucar adalah seperti berikut: (a) Tempoh Proses Pembayaran Standard: pembayaran Amaun Penyelesaian kepada Penjual akan dilaksanakan tujuh (7) hari (setiap hari Jumaat berikutnya) dari tarikh Penghantaran Diterima, tidak termasuk setiap hari Ahad. 3. Keadaan Berlayak Pengembalian Bayaran Pembeli boleh menuntut pengembalian bayaran e-baucar hanya dalam keadaan berikut: (a) Pembeli tidak dapat menebus e-baucar kerana tidak ada ketersediaan atau semua tarikh / masa telah ditempah sepenuhnya; (b) Pembeli tidak dapat suatu tarikh yang disahkan dari Penjual untuk penebusan e-baucar; (c) Penjual tidak dapat dihubungi; (d) maklumat penting pada laman Produk untuk e-baucar adalah mengelirukan dan / atau tidak tepat; atau (e) sebarang terma dan syarat e-baucar sememangnya tidak adil (seperti yang ditentukan oleh PG Mall); Dengan syarat bahawa: - (i) permintaan pengembalian wang adalah diserahkan dalam tujuh (7) hari dari tarikh pembelian; dan (ii) Pengembalian wang bukan disebabkan oleh: - (a) Pembeli yang gagal menggunakan e-baucar dalam tempoh sah tanpa kesalahan Penjual; atau (b) Pembeli membeli e-baucar yang salah. 4.Jumlah Pengembalian Wang (a)Tertakluk kepada Artikel B.I.4 (b) di atas, jumlah pengembalian wang yang perlu dibayar kepada Pembeli bergantung kepada masa bila permintaan pengembalian wang diserahkan. (a) Pengembalian Wang Dalam Tempoh 30-Hari Di mana permintaan Pembeli untuk pengembalian wang diserahkan selama tempoh: (i) dalam tujuh (7) hari dari tarikh Pengesahan Pembelian - Pembeli berhak mendapat pengembalian wang sebanyak seratus puluh peratus (100%) dari harga pembelian Tiket Pelancongan (“Harga Pembelian”); (b) Pengembalian Wang Selepas Tempoh 7-Hari Penjual berhak untuk menolak sebarang permintaan pengembalian wang yang dibuat oleh Pembeli lebih dari Tujuh (7) hari selepas tarikh Pengesahan Pembelian. Sekiranya Penjual memilih untuk meneruskan pengembalian wang, ia akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Penjual.
|
Tidak Berkenaan |
BAHAGIAN B – PEMULANGAN, PENGEMBALIAN WANG DAN PENUKARAN
|
|
Syarat-syarat
|
Penerangan |
Situasi berkenaan |
1. |
Proses Standard
|
Melainkan dinyatakan secara khusus di bawah Polisi ini atau Syarat Perkhidmatan, proses pengembalian wang atau penukaran Produk adalah seperti berikut: (a) Pembeli mengemukakan permintaan untuk pengembalian wang atau penukaran Produk (“Permintaan”) melalui khidmat pelanggan PGMall (b) Penjual akan menerima pemberitahuan dari khidmat pelanggan PGMall atau emel ke enquiry@pgmall.my (c) Penjual mesti sama ada menyetujui atau menolak Permintaan tersebut dalam tiga (3) Hari Perniagaan dari tarikh pemberitahuan; (d) Pembeli memulangkan Produk kepada Penjual; (e) Penjual akan menilai dan mengkaji Produk yang dipulangkan; (f) berdasarkan keadaan Produk yang dipulangkan, Penjual sama ada akan meluluskan atau menolak pengembalian wang atau penukaran Produk; dan (g) di mana pengembalian wang atau penukaran disetujui, Penjual mesti menghantar Produk baru atau mengembalikan harga pembelian kepada Pembeli.
|
Tidak Berkenaan |
2. |
Penyerahan Permintaan |
(a) Permintaan hendaklah, pada mulanya, dibuat terus kepada khidmat pelanggan PGMall melalui Whatsapp, Panggilan atau E-mel. (b) Pembeli dikehendaki mengemukakan semua bukti untuk menyokong Permintaan melalui Whatsapp atau E-mel. Bukti tersebut harus merangkumi maklumat seperti nombor pesanan, nombor invois, tarikh pembelian dan pembayaran, justifikasi pengembalian wang / penukaran dan maklumat lain yang diperlukan untuk memproses permintaan tersebut. (c) Pemprosesan Permintaan mungkin ditunda sekiranya Pembeli tidak ingin memberikan sebarang bukti, atau di mana Pembeli memberikan bukti yang tidak mencukupi untuk menyokong Permintaan tersebut.
|
Penjual dan / atau PG Mall tiada kewajipan undang-undang untuk memenuhi sebarang Permintaan jika Pembeli tidak dapat atau enggan memberikan bukti untuk menyokong Permintaan tersebut. |
3. |
Had Masa untuk Penyerahan Permintaan |
Pembeli mesti mengemukakan Permintaan dalam had masa yang dinyatakan di bawah: -
Tujuan Artikel B.II.3 dan Polisi ini: - (a)“Tarikh Pembayaran Diterima” merujuk kepada tarikh pembayaran dibuat untuk Produk; (b) “Tarikh Penghantaran Diterima” merujuk kepada tarikh selesai transaksi jual beli Produk seperti direkodkan dan dinyatakan pada Platform. |
Penjual dan / atau PG Mall tiada kewajipan undang-undang untuk memenuhi sebarang Permintaan di mana Permintaan tersebut diserahkan melebihi tempoh masa yang dinyatakan dalam Artikel B.II.3. |
||||||||||||||||||
4. |
Kelulusan/ Penolakan Permintaan oleh Penjual |
(a) Setelah menerima dan dimaklumkan Permintaan tersebut, Penjual harus, dalam masa tiga (3) Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan sama ada: (i) menerima Permintaan; atau (ii) menolak Permintaan; (b) Jika Penjual menolak Permintaan tersebut, Penjual mesti membekalkan PG Mall semua dokumen atau bukti yang diperlukan bagi menyokong penolakan tersebut. (c) Sebarang penolakan oleh Penjual akan tetap tertakluk kepada Syarat Perkhidmatan, dan PG Mall boleh menggantikan keputusan Penjual jika PG Mall beranggapan bahawa penolakan Penjual itu tidak munasabah.
|
Tidak Berkenaan |
||||||||||||||||||
5. |
Pemulangan Produk oleh Pembeli kepada Penjual |
(a) Atas pengesahan penerimaan permintaan pengembalian wang atau penukaran menurut Artikel B.II.4 di atas, pihak-pihak harus, dalam tiga (3) Hari Perniagaan, mengatur pemulangan Produk seperti berikut: (i) Produk Defektif atau Tidak Mematuhi Spesifikasi Penjual akan menguruskan pengambilan Produk dari Pembeli dengan kos dan perbelanjaan Penjual sendiri (kecuali Penjual mengabaikan keperluan untuk Produk dipulangkan kepada Pembeli untuk menuntut pengembalian wang atau penukaran). (b) Pemulangan kepada Penjual Tidak Berjaya Sekiranya penghantaran Produk yang dipulangkan kepada Penjual tidak berjaya kerana alasan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat yang tidak lengkap / salah atau hilang perhubungan dengan Penjual, PG Mall boleh: (i) atas permintaan Pembeli, mengambil Produk yang dipulangkan oleh Pembeli dalam lima (5) Hari Perniagaan atas permintaan Pembeli; atau (ii) meminta Pembeli menghantar Produk yang dipulangkan ke gudang Syarikat. Sekiranya Penjual tetap tidak dapat dihubungi dalam Tujuh (7) Hari Perniagaan untuk pengambilan atau pemulangan Produk ke Gudang, Syarikat berhak untuk melupuskan Produk secara kekal dengan segala kos pengambilan dan pelupusan ditanggung oleh Penjual. (c) Kerugian atau Kerosakan Semasa Penghantaran Pulang kepada Penjual (i) Di mana Penjual mengupah syarikat perkhidmatan kurier untuk mengambil Produk dari Pembeli untuk pemulangan menurut Artikel B.II.5 (a) (ii) di atas, dan Produk tersebut hilang atau rosak semasa penghantaran pulang, Penjual bertanggungjawab untuk menanggung kos untuk kehilangan atau kerosakan Produk tersebut walaupun kerugian atau kerosakan tersebut disebabkan oleh syarikat perkhidmatan kurier. (ii) Apa-apa pampasan yang akan dikembalikan dari syarikat perkhidmatan kurier selepas itu perlu diikhtiarkan secara peribadi oleh Penjual, dan bukan Pembeli. (iii) Untuk mengelakkan keraguan, PG Mall berhak untuk menggunakan semua atau sebahagian Amaun Penyelesaian untuk menyelesaikan sebarang tuntutan yang mungkin dibuat oleh Pembeli berkenaan terhadap Produk yang hilang atau rosak. |
Penjual dan / atau Syarikat tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk memenuhi sebarang Permintaan di mana Pembeli gagal memulangkan Produk tersebut. Sekiranya percubaan untuk menghubungi Pembeli mengenai pemulangan Produk tetap tidak berjaya lebih dari tujuh (7) hari dari tarikh bila Pembeli menyerahkan Permintaan, Pembeli akan dianggap telah menarik balik permintaannya dan PG Mall dapat mengambil kesemua tindakan yang diperlukan, termasuk melepaskan sebarang Jumlah Penyelesaian yang ditangguhkan kepada Penjual. |
6. |
Penyemakan Produk yang Dipulangkan |
(a) Penyemakan dan Penilaian Penjual Setelah menerima Produk yang dipulangkan dari Pembeli, Penjual akan menyemak dan memeriksa yang sama untuk menentukan sama ada ia dalam keadaan yang boleh diterima dan boleh dijual untuk pengembalian wang atau penukaran. Penjual berhak menolak pengembalian wang atau penukaran bagi Produk yang: (i) telah dimakan atau menunjukkan haus dan lusuh yang berlebihan selama tempoh penggunaan; (ii) telah digunakan dengan cara yang tidak sesuai dengan tujuannya; (iii)mempunyai bungkusan yang koyak atau kotor; dan / atau (iv) tidak lagi dalam keadaan berfungsi. (b) Kelewatan Keputusan oleh Penjual Penjual boleh menangguhkan keputusan mengenai pemulangan atau penukaran Produk sekiranya: (i) bayaran penghantaran untuk memulangkan Produk masih perlu dibayar oleh Pembeli (di mana Pembeli bertanggungjawab untuk bayaran tersebut) kepada PG Mall dan / atau pihak ketiga (sebagaimana yang berkenaan); dan / atau (ii) sebarang hadiah percuma yang disertakan dengan Produk masih belum dikembalikan oleh Pembeli; Sentiasa tertakluk syarat bahawa Penjual akan memberikan maklumbalas Pembeli atau bantuan Pembeli (sebagaimana yang berkenaan) atas kelewatan dan memberikan tempoh masa di mana keputusan Penjual mengenai permintaan Pembeli untuk pengembalian atau penukaran Produk tersebut akan dikemukakan. PG Mall berhak untuk mengambil tindakan yang diperlukan untuk menangani dan menyelesaikan tuntutan Pembeli jika tempoh masa yang dinyatakan oleh Penjual, menurut pandangan PG Mall, tidak munasabah. |
Tidak Berkenaan |
7. |
Keputusan Akhir mengenai Pengembalian Wang atau Penukaran |
(a) Setelah penilaian dan penyemakan Produk diselesaikan menurut Artikel B.II.7, Penjual akan memberikan keputusan terakhir samada setuju atau tolak permintaan penukaran atau pengembalian wang untuk Produk yang diminta selewat-lewatnya dalam tiga (3) Hari Perniagaan dari penerimaan Produk yang dipulangkan dari Pembeli menurut Artikel B.II.5 di atas atau tempoh masa yang mana disemak semula menurut Artikel B.II.6 (b). (b) Sekiranya: - (i) penukaran Produk diluluskan, Penjual akan menghantar Produk baru kepada Pembeli dengan segera; (ii) pengembalian wang Produk diluluskan, Penjual akan mengembalikan harga pembelian kepada Pembeli, yang mana akan dilaksanakan oleh PG Mall dengan menolak harga pembelian dari Jumlah Penyelesaian yang ditangguhkan oleh Penjual atau kaedah lain yang dianggap sesuai oleh PG Mall. |
Tidak Berkenaan |
8. |
Penerimaan Automatik bagi Penjual yang Tidak Memberi Balasan
|
Sekiranya: (a) Penjual tidak membalas permintaan Pembeli untuk pengembalian wang atau penukaran Produk (sebelum pemulangan Produk kepada Penjual) dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Artikel B.II.4 di atas; atau b) di mana Penjual tidak memberikan sebarang keputusan mengenai pengembalian wang atau penukaran Produk dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Artikel B.II.7 di atas; Ia akan dianggap bahawa permintaan Pembeli telah diterima dan PG Mall akan segera meneruskan proses pengembalian wang atau penukaran. |
Tidak Berkenaan |
9. |
Kos untuk Pemulangan Produk |
Kos untuk pemulangan Produk akan ditanggung seperti berikut: (a) Produk Defektif / Ketidakpatuhan Di mana Produk dipulangkan kerana: (i) Produk adalah defektif; dan / atau (ii) Produk yang tidak mematuhi keterangan atau kriteria di laman Produk, Penjual akan menanggung kos untuk pemulangan Produk tersebut. (b) Kelewatan dalam Penghantaran Sekiranya Produk dipulangkan kerana kelewatan yang tidak munasabah dalam penghantaran Produk tersebut melebihi Tahap Perkhidmatan Penjual yang terpakai, atau di mana terdapat penghantaran yang lewat atau salah telah dilakukan oleh syarikat perkhidmatan kurier yang diupahkan oleh Penjual, Penjual akan menanggung kos untuk pemulangan tersebut.
|
Tidak Berkenaan |
|||||||||||||||||||||
10. |
Kaedah Pengembalian Wang |
Bayaran Pengembalian Wang (“Jumlah Pengembalian Wang”) di bawah Polisi ini akan dilaksanakan seperti berikut: -
|
Kaedah pengembalian wang yang dinyatakan dalam Artikel B.II.10 ini tertakluk kepada peraturan dan proses selanjut yang mungkin dikenakan oleh PG Mall dari masa ke masa. |
|||||||||||||||||||||
11. |
Pengembalian Wang Separa |
1.
1. Keadaan Di Mana Pengembalian Wang Separa Mungkin Dibenarkan
(a) Pembeli membeli beberapa Produk dalam satu pesanan, tetapi Penjual gagal menghantar kesemua Produk akibatnya satu atau lebih Produk tidak termasuk dalam penghantaran; atau (b) Penjual menghantar Produk kepada Pembeli dengan barangan atau bahagian barangan yang hilang; atau (c) Penjual menghantar Produk kepada Pembeli tetapi hadiah percuma hilang walaupun mengiklankannya pada laman Produk, Pembeli boleh memilih pengembalian wang separa berkenaan dengan Produk yang tidak dihantar atau barang yang hilang. 2. Pengembalian Wang berkenaan dengan Produk yang tidak dihantar atau barang yang hilang serta bayaran penghantaran pemulangan berkenaan dengan yang sama (jika berkenaan) akan dikurangkan dari Jumlah Penyelesaian.
|
Tidak Berkenaan |
|||||||||||||||||||||
12. |
Panggil Balik Produk |
Sekiranya terdapat kesalahan atau defektif yang besar atau sebarang masalah keselamatan yang berkaitan dengan Produk yang mana PG Mall menganggap serius, PG Mall yang bertindak wajar boleh meminta: (a) bahawa Penjual memanggil balik semua Produk stok yang dijual selama itu; dan (b) memperbetulkan kerosakan atau defektif dengan cara pembaikan, penukaran Produk atau pengembalian wang yang telah dibayar dan semua kos untuk panggil balik, pembaikan, penukaran dan pengembalian wang akan ditanggung oleh Penjual.
|
Tidak Berkenaan |
|||||||||||||||||||||
13. |
Stok Tidak Ada |
Sekiranya permintaan untuk penukaran telah dibuat dan Penjual tidak mempunyai Produk yang relevan dalam stok, penukaran akan ditangani seperti permintaan pemulangan Produk untuk pengembalian wang.
|
Tidak Berkenaan |
|||||||||||||||||||||
PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (200801035285 (836625-K)) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.
Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.
Jimat Setiap Hari Di PGMall
Di PGMall, anda boleh dapatkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pengalaman Membeli Belah Yang WOW
Berbelanja pada bila-bila masa dan dimana sahaja, kami di PGMall akan memastikan penghantaran yang cepat dan efisien.
Platform Membeli Belah Yang Dipercayai Dan Selamat
Pembelian yang selamat dan dipercayai adalah keutamaan kami. Kami mementingkan pengalaman pengguna agar pengguna merasa selamat untuk berbelanja dengan mudah. Di PGMall juga, kami menggunakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk perbankan dalam talian dari semua Bank-bank utama di Malaysia.
Kategori
TELEFON & TABLETHuawei , VIVO , Samsung , Honor , Sony , Lenovo , One Plus , Alcatel , Meizu , OPPO , Powerbanks , Pineng , Asus , Tablet , Sarung iPad, XiaoMi , Aksesori Telefon , Cases ,arung Telefon , Dok , Telefon Asas , Tablet WiFi , Kad Memori
Komputer Riba Lenovo, Storage , Komputer Riba Asus , HP , Dell , Pencetak & Dakwat , Permainan PC ,Pencetak Pelbagai Gunas , Router , Pengimbas, Perisian , Kabel , Sarung Komputer Riba , Dakwat Inkjet , Laser Toners , Suis , Pencetak & Laserjet
SUKAN & AKTIVITI LUAR
Basikal, Perkhemahan & Pendakian, Yoga & Kesihatan , Garmin, Kelengkapan Larian , Jam & Kacamata Sukan , lagi...
KEMBARA & BAGASI
Bagasi kanak-kanak, Penutup Passport, Beg Weekender , Beg Kelengkapan Peribadi & Kosmetik , Kunci Bagasi , Beg Kembara , Jam , Kacamata , Barang Kemas , Jam Lelaki , Jam Wanita , Timex , Seiko , Casio , Nixon , Fossil , Puma , G-Shock , Baby-G , Ray-Ban , Kacamata Lelaki , Kacamata Wanita , Oakley , Barang Kemas Lelaki , Barang Kemas Wanita, Jam Lelaki , Jam Wanita
Payment
Affiliate Marketing Solutions Partner
Affilliate and Merchant Integration Partner