Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Kombo Bumper Ujang & Apo (6 komik) #BC
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
49 minutes ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Comics & Manga
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: KKBUDABC
Dimension (Length x Width x Height)
: 26.00 x 20.00 x 9.00
Weight(kg)
: 3
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Kombo Bumper Ujang & Apo : - 

1) Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Santet 2021

2) Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Posa Raya 2021

3) Bumper Ujang New-stalgia PKP 2021

4) Bumper Ujang New-stalgia Parodi 2020

5) Ujang & Apo? Bumper New-stalgia Trobek 2020

6) Bumper Ujang & Apo New-Stalgia Puasa & Raya 2020



Tajuk: Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Santet 2021
ISBN: 9771823655005
Penerbit: Moy Publication Sdn Bhd
Penulis: Midi Vader/Sabrie Sab/Bendi/Khuzrin
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 24
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.535 kg
Dimensi (cm): 25.9 cm x 19 cm x 1.1 cm
 
SINOPSIS
 
EDISI KARYA TERPILIH MALAJAH UJANG DAN APO

Kompilasi Bumper New-Stalgia Santet kali ini adalah karya-karya terpilih dari majstah Ujang dan APO? tahun 1996 dan juga 2001 iaitu MAJALAH UJANG ISU 50 (1 MAC 1906) dan MAJALAH UJANG ISU 51 (15 sekitar MAC 1995) manakala MAJALAH APO? ISU 50 (1 FEB 2001) dan MAJALAH APO? ISU 61 (15HB FEB 2001)


BUMPER NEW-STALGIA SANTET 2021

Salam Merdeka. Seperti mana isu-isu lepas kita bermain dengan pelbagai jenis tema dah genre dalam mengutarakan pelbagai isu semasa dan harian. Untuk kali ini kita tampilkan tema seram atau santet Santet mengikut jaluran wikipedia bahasa indonesia bermaksud sihir. Atas kesinambungan muka hadapan lenticular kita yang boleh berubah-ubah bentuk seakan sihir lahirlah tema ini dan lanjutan kompilasi dari karya-karya seram dari kartunis. Amacam? Seram tak cover boleh bergerak-gerak? Jangan percayal Ini semua sihir tuan tuan!

KAD LENTICULAR SANTET PERCUMA
 
Ini memang rare gais! Memang rasanya takde lagi majalah lain yang buat mende gini. Kad Lenticular Santet ini kita berikan secara percuma. Cover kali ini adalah seni gabungan imej yang tampak bergerak dan berubah ubah apabila imej tersebut dilihat dari sudut pandang yang berlainan dengan hanya mengerakkan kad ini. Kita cuba bawa medium kelainan dalam gaya persembahan majalah cetak. Boli jangan tak boli..nyosal nanti.

Tajuk: Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Posa & Raya 2021

ISBN: 9771394023010
Penerbit: Moy Publication
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama, 2021
Muka Surat: 241
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.52
Dimensi (cm): 26cm x19.3cm x1.1cm

Sesuatu akan hadir pada ramadan ini

Sempena lebaran naskhah hidangan tradisi

Meriahkan syawal dikala PKP dan SOP

Gelanggang Bumper Karyawan beraksi

****************************************

Salam Ramadhan & Syawal. Penyeri dan membuka tirai kita kali ini dengan karya tersohor dari abang lejen kita, Yaz Malee. Antara kartunis terawal yang banyak kali menghasilkan cover majalah Ujang satu ketika dulu menggunakan arkilik sebagai medium utama. Atas momen itu kita ingin mengembalikan rasa segar dan autentik yang di bawa.

Kali ii dengan menggunakan catan air secara manual dan menterjemahkan hiruk pikuk masyarakat yang berlegar kempunan ingin pulang ke kampung halaman dan merasa kembali kemeriahan suasana hari raya seperti dulu. Larangan rentas negeri memang memeritkan. Dan rentas daerah pula mengikut situasi yang dibenarkan. Bagaimana norma baru Aidilfitri kali ini? Wallahu'alam bissawab. Kita biarkan pihak berwajib memutuskan. Noktah.

*****************************************

 

8 SAMPUL PERCUMA SKETSA RAYA Seperti mana tahun dulu kita juga menyelitkan 8 sampul percuma sketsa raya. Dan untuk tahun ini kita selitkan 8 sampul lagi secara percuma dari berlainan kartunis pula. Jika dikumpulkan pada Bumper tahun lepas, terdapat 16 karya Kartunis yang dapat dikumpulkan. Boleh dijadikan koleksi peribadi atau dapat juga memberi keceriaan pada kanak² di hari lebaran ini.


Tajuk:Bumper New-stalgia PKP

ISBN: 9771394023005
Penerbit: Moy Publication
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 240
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.475
Dimensi (cm): 26cm x19.1cm x1.0cm

 

BUMPER NEW-STALGIA PKP 2021
KITA membuka tirai tahun ini dengan bertemakan isu Pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana dah menjadi satu norma baru dalam kehidupan kita seharian. Sebagai pengkarya juga perlu cakna dalam menyebarkan segala info dan moral untuk membantu para Frontliner kita untuk memutuskan rantaian COVID-19. Dan sebagai pengkarya kita lunaskan tanggungjawab kita di atas kertas. Sebaran umum secara santai dan patuhi SOP yang ditetapkan. PKP masih diteruskan. Kita mesti menang!

************************************************

KAD APRESIASI PKP (PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG)
ATAS dasar keperihatinan, bersama² kita membantu dalam menghadapi COVID-19 ini, kita kepilkan KAD APRESIASI PKP dalam majalah BUMPER NEW-STALGIA PKP. Ini sebagai satu tanda penghargaan. Setiap RM1 dari anda dan sumbangan dari pihak kami juga akan disalurkan terus kepada Tabung Rasmi COVID-19. Dengan #KITAGENG #KITAJAGAKITA moga dapat sedikit sebanyak membantu yang terjejas dalam meringankan beban yang digalas. Mungkin ini adalah seringan² bantuan dari kami dan anda dalam menyatakan sokongan dan bantuan. Terima kasih pada pembaca. Baguih dok ada...


Tajuk:Bumper New-stalgia Parodi 2020

ISBN: 9771394023008
Penerbit: Moy Publication
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 240
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.475
Dimensi (cm): 26cm x19.3cm x1.5cm

 

BUMPER NEW-STALGIA PARODI 2020

PARODI PULAK DAH... Bumper kali ni kita hidangkan juadah lain pulak laa... Agak Cliché balik² mende yang sama kita hadap. Cuti sekolah setiap hujung tahun dan kita juga umpama dilanggar garuda bila mana Covid-19 datang melanda ke seluruh pelusuk bumi. Habis perancangan yang diaturkan dan kembali kita ke sunatullah atau hukum alam dan setiap kejadian alam telah ditentukan oleh Allah SWT. Semua ada peraturan, peranan dan fungsinya. Kita hadapi apa saja dengan tabah.

Bumper kali ini diberi sedikit kelainan dengam membawa karya² parodi terbaru dari setiap kartunis. Acapkali kita beritahu, ini bukan karya lama kartunis, ini adalah juga himpunan karya terbaru mereka terdiri daripada Kartunis GAYOUR, BAWANG, SIREH, KOBIS BUNGA, RAMBAI, PANDAN, LAMBOK, PETAI, OREN, SAGU, LEPAT, SHAH, MANGGIS, UCHOT, CENDOL, PJOE, BENDI, NIK, KELADI, SPIDER, JAMBANG, dan ramai lagi. Bukan sekadar bernostalgia, tapi kita NEW-STALGIA dengan kartun dan karya terbaru mereka... Selamat bercuti sekolah dan berkurung di rumah ye! ************************************************

Seperti biasa kita tidak ketinggalan, kita kepilkan sekali kalendar 2021 untuk korang, dari 12 kartunis dengan poster karya parodi yang juga menjadi tema drama dalam Majalah Bumper New-Stalgia Parodi kali ini. Umpama wayang laaa, sebelum ditayangkan mesti bikin teaser dan poster mengikut waktu dan tarikh tayangan bermula...


ERA 90an satu titik mula usia remaja abah² kita. Kebanyakan yang lahir sekitar 70an atau 80an akan bermula usia mudanya di fasa ini. Rasionalnya mereka pada hari ini rata² telah berkeluarga dan mencecah 4 series. Bagi meraikan era ini kita kompilasikan era ini sebagai tema. Nostalgia diabadikan sebagai kenangan manis suatu waktu dulu. Namun era millennia bukan dipinggirkan, kita akan bermula dengan era awal. Kita throwback (TROBEK) dan fasa lain akan mula berturutan. Throwback bermaksud kembali pada apa yang telah terjadi atau melihat kembali ke masa lalu. Ini sebagai tribute untuk abah² korang... Boleh la bagi dia tersenyum sumbing mengenang waktu yang pernah dirasainya. "The 90s, The Last Great Decade. Born in the 80s raised in the 90s..." ********************************************************

 

PERCUMA KAD KOLEKSI TROBEK Haaa!!! PERCUMA boh... Kita tampilkan 10 kad koleksi trobek dari kepelbagaian watak hasil dari Kartunis UJANG dan APO?. Gabungan parodi sebgai satira dan jenaka antara watak lejen 80an dan 90an. Kita trobek watak² terdahulu sebagai kenagan dan juga untuk dikumpulkan. Dengan trobek hati den pun terubek (terubat)! PEH!!! ******************************************************** Judul : Bumper New-Stalgia TROBEK - PERCUMA Kad Koleksi Trobek Pelukis : Lambok ISSN : 1394-0236 Tarikh Penerbitan : Ogos 2020 Edisi : Cetakan Pertama Cetakan / Warna Cetakan : 240 mukasurat / hitam putih dan warna


Tajuk:Bumper Ujang & Apo New Stalgia Puasa & Raya

ISBN: 9771394023005
Penerbit: Moy Publication
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 239
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.475
Dimensi (cm): 26cm x19.3cm x1.5cm

 

BUMPER NEW-STALGIA PUASA & RAYA 2020

Edisi Karya Terbaharu Dan Lama Majalah Ujang & APO?

 

 

Dalam kedukaan kita mengharungi wabak Covid-19 yang kita tidak pasti pengakhirannya.

Dan kesedihan yang sudah pasti tak dapat kita lari. Hanya ini yang mampu kita sajikan di bulan Syawal ini.

Nostalgia Bumper Raya pasti menggamit kenangan kita dulu. Dengan lebih dari 100 muka surat karya terbaru kartunis dan selebihnya adalah kompilasi dua majalah iaitu UJANG & APO?.

Moga Bumper New-Stalgia Puasa & Raya 2020 ini memberi sinar pada Syawal yang mulia ini.

Salam Syawal dan maaf zahir dan batin.

 

 

PERCUMA 8 SAMPUL SKETSA RAYA

Sebagai salah satu acara penting bagi budak-budak setiap tahun ketika raya, dan bersedekah itu juga amalan yang sangat mulia, kita selitkan 8 sampul PERCUMA dari 8 kartunis dengan kartun sketsa raya. 

 

BUMPER NEW-STALGIA PUASA & RAYA 2020

Edisi Karya Terbaharu Dan Lama Majalah Ujang & APO?

Judul: Bumper New-Stalgia Puasa & Raya2020: PERCUMA 8 sampul sketsa raya

Pelukis: Petai

ISSN: 1394-0236

Tarikh Penerbitan: Mei 2020

Edisi: Cetakan Pertama

Cetakan/Warna: 240 muka surat (hitam putih dan berwarna)



Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.