Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Karya Agung - Pantun Melayu Bingkisan Permata- Yayasan Karyawan - oleh Jarun Mat Piah
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 26, 2024 - May 03, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 220
Gambaran Kedai
Anis yohana trading
30 minutes ago
Produk 5072
Pengikut 123
Penilaian 4.9
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  History & Cultures
Brand
: Yayasan Karyawan
Model
: Not Specified
SKU
: 1
Dimension (Length x Width x Height)
: 5.00 x 25.00 x 30.00
Weight(kg)
: 3
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah menghimpunkan lebih 4000 rangkap pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis dan bentuk pantun, yang meliputi tema  dan isi yang luas serta pelbagai.Bingkisan Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi pantun ini sesuai dengan konsep bingkisan, iaitu bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yang biasanya disertai surat untuk disampaikan kepada orang yang dikasihi dan dihormati. Permata merujuk kepada pantun yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, manakala penerima yang dimaksudkan ialah masyarakat atau bangsa Melayu di seluruh Nusantara yang mewarisi tradisi ini.

Oleh itu, sesuai dengan konsep bingkisan yang diketengahkan oleh karya ini, buku ini telah dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bingkis Pemula, Bingkis Bicara, Bingkis Kasih dan Bingkis Penutup. Bingkis Pemula merupakan himpunan pantun dengan maksud memulakan bicara, majlis atau warkah. Bingkis ini dimulai dengan “Awal Bismillah” yang merupakan kata alu-aluan memulakan majlis; diikuti oleh pantun-pantun ringan yang membawa maksud jenaka dan usik-mengusik. Bingkis Bicara pula mengetengahkan tema-tema pantun yang agak berat, bermula tentang ‘Adat dan Etika’, ‘Budi dan Adab’, ‘Agama dan Pengajaran’, ‘Peribahasa, Kiasan dan Ibarat’ dan kemudian tentang ‘Perantauan dan Nasib’.

Pantun-pantun yang mengangkat tema percintaan pula dihimpunkan dalam Bingkis Kasih. Misalnya dalam ‘Cinta Bersemi’ ialah pantun yang membawa maksud usik-mengusik, berkenalan dan berjanji, diikuti dengan ‘Hasrat Tercapai’ yang menggambarkan kegembiraan dalam hidup berkasih dengan tercapainya cita-cita dan harapan para kekasih, misalnya untuk sehidup semati dalam ikatan perkahwinan. Bab ini diakhiri dengan tema ‘Kasih Terhalang’ dengan maksud harapan yang tidak kesampaian, terhalang oleh peristiwa-peristiwa tertentu. Karya ini diakhiri dengan Bingkis Penutup yang merupakan himpunan pantun sebagai penutup pembicaraan.

Sebagai sebuah karya agung, Bingkisan Permata menghimpunkan rakaman kebijaksanaan masyarakat Melayu lama dalam membuat pengamatan yang tajam terhadap keadaan dan perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Pantun-pantun yang tercipta mengandungi pemikiran atau falsafahnya yang tersendiri dalam menjalankan peranannya sebagai medium untuk berkomunikasi dan berhibur dan pada masa yang sama mendidik khalayak pembaca dengan nilai-nilai yang positif.


Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.