Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA BY USTAZ AZHAR IDRUS
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 27, 2024 - May 04, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

1 Unit lagi
Jumlah
RM 15
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
2 minutes ago
Produk 5022
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: PTS Publishing House
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 15.00 x 1.00 x 23.00
Weight(kg)
: 0.28
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.


REVIEW

 

Orang yang paling penting dalam dunia ini adalah diri kita sendiri. Masalah yang paling perlu diselesaikan adalah masalah kita. Masalah kulit kita yang gatal kerana digigit nyamuk lebih penting daripada masalah orang yang hampir nazak kerana demam denggi. Setiap masalah kita, walau sekecil manapun ia, perlu diberikan perhatian yang secukupnya. Seboleh mungkin, kita mahu semua soalan kita terjawab dan semua permasalahan kita diselesaikan.

 

Bagi meraikan dan menghargai fitrah manusia yang mahukan jawapan bagi setiap permasalahan yang dihadapi, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa diterbitkan untuk merungkai persoalan kecil mahupun masalah besar yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Jawapan bagi persoalan yang kecil dan persoalan yang besar dihimpunkan dalam buku ini untuk memberi manfaat kepada khalayak pembaca yang kebiasaannya turut menghadapi masalah yang sama.

 

Terdapat juga persoalan yang rumit lagi mencabar pemikiran para ilmuwan untuk menjawabnya. Dengan anugerah ilmu, ilham, dan kefahaman mengenai agama daripada Allah, Ustaz Azhar dikurniakan kelebihan untuk menjawab permasalahan ini secara ringkas, padat, dan memuaskan hati orang yang bertanya. Jawapannya tidak berselindung, tidak menyembunyikan kebenaran, dan tidak sesekali sekadar mahu menggembirakan hati para pendengar.

 

Ustaz Azhar membawa fenomena baru dalam dunia dakwah di tanah air kita. Pendekatannya yang santai tetapi tetap mengekalkan kewibawaan seorang ulama sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Ceramahnya diselangi dengan unsur humor sebagai hiburan untuk jiwa manusia yang suka kepada kegembiraan. Amaran dan peringatan daripada Allah pula dinyatakan secara terus-terang tanpa perlu berselindung. Santainya bertempat, tegurannya menyentap.

  

Buku ini adalah pintu kepada kefahaman Islam dan permulaan kepada pencarian ilmu. Sebagai bimbingan awal dan rujukan asas, buku ini sangat sesuai, praktikal, dan mudah difahami. Jawapan kepada setiap soalan dinyatakan secara ringkas dan hanya berkaitan dengan isu yang ditanyakan sahaja. Rujukan silang dengan kitab-kitab lain yang muktabar pastinya saling melengkapi.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.