KOMBO SOLAT merangkumi tiga buah buku iaitu:
Bacaan Pelik dan Ganjil Dalam Solat Namun Sahih (2022)
Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya.
1+1=27 (Fiqh Imam Makmum) (2022)
1+1=27. Ajaibnya matematik dalam solat berjemaah. Apabila 1+1 bukannya menjadi 2, sebaliknya 27 kali ganda pahala terhasil.
Seorang individu hanya memerlukan seorang sahaja makmum ataupun imam untuk mewujudkan solat berjemaah dan mendapat pahala jauh berganda berbanding solat bersendirian.
Fahami Bacaan Dalam Solatmu - Asas Khusyuk Ketika Solat 2018
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan.