Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Belitan Tipu Daya Iblis : Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 18, 2024 - Apr 25, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
FZ Bookstore
3 days ago
Produk 408
Pengikut 28
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: PTS Publication
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 25.00 x 19.00 x 4.00
Weight(kg)
: 0.5
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
SINOPSIS/SARI RANSANG

 
Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.
 
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".
 
Format buku ini adalah buku santai tetapi berfakta, ia tidak tergolong di dalam kategori buku ilmiah mahupun separa ilmiah. Tiada nota kaki disediakan kerana kebanyakannya adalah dipetik daripada syarah dan tahqiq Dr. Zaharuddin sewaktu berceramah. Pun begitu, setiap hadith akan diberikan rujukannya.
 
Buku ini juga tidak menghuraikan keseluruhan kitab Talbis Iblis, tetapi sebagaimana disebut di kulit buku ini, hanya syarah terpilih daripada kitab sahaja yang dimuatkan. Sekali lagi, dengan hasrat memilih tajuk-tajuk yang kontemporari dan dengan begitu mudah difahami oleh pembaca.
 
 
MAKNA TALBIS IBLIS
 
Talbis maksudnya menampakkan kebatilan dalam rupa kebenaran.
 
Berkata Imam Al-Jauzi, "Makna ghurur itu seperti kejahilan yang menimbulkan keyakinan bahawa yang rosak itu lurus dan hina itu bagus. Sebabnya ialah rasa waswas. Iblis menyusup ke dalam diri manusia bergantung kepada kadar yang mungkin, boleh bertambah dan boleh berkurang, bergantung kepada kadar yang dimungkinkannya, bergantung kepada kadar kesedaran dan kelalaian manusia, kemahiran dan kejahilannya."
 
 
Syarah dan Tahqiq:

Talbis adalah menzahirkan yang bathil dalam bentuk yang betul. Meletakkan yang tidak betul di dalam tempat yang betul.
 
Contoh yang mudah seperti daging khinzir dibungkus di dalam bungkusan yang terdapat padanya cop halal.
 
Daging khinzir secara jelas dan nyata adalah sesuatu yang haram. Namun ia dibungkus di dalam bungkusan yang tertera padanya cop yang halal dan suci. Maka bagi pembeli yang tidak mengetahui bahawa itu adalah daging khinzir, dia akan terkeliru dan mungkin akan membelinya kerana tertipu dengan cop halal pada bungkusannya.
 
Dan lebih buruk lagi dia akan memasak dan menghidang kepada keluarganya daging tersebut, kerana dia tidak ada ilmu bagi membezakan daging yang halal dan juga daging yang haram dimakan.
 
Ini disebabkan dia sudah tertipu dengan cop halal pada bungkusan tersebut.
 
Begitulah yang dapat dikaitkan dengan makna talbis.
 
Ghurur adalah sejenis kejahilan yang menyebabkan sesuatu yang rosak itu betul, dan sesuatu yang betul itu rosak. Ini kerana dia telah berjaya diperdayakan oleh syaitan.
 
Contohnya seperti pada zaman baginda Rasulullah S.A.W., ketika baginda menyampaikan dakwah yang benar, tetapi dilihat sebagai dusta oleh kafir Quraisy pada ketika itu. Kaum kafir Quraisy pada ketika itu telah berjaya diperdayakan oleh tipu daya Iblis.
 
 
ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Berkenaan Iblis, Syaitan, dan Tipu Daya

Bahagian 2: Perintah Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah

Bahagian 3: Tipu Daya Iblis kepada Para Ulama

Bahagian 4: Tipu Daya Iblis terhadap Orang Awam

Bahagian 5: Tipu Daya Iblis terhadap Pemerintah

BONUS

Doa dan Amalan Pelindung daripada Gangguan Syaitan

Biodata Imam Ibnu Al-Jauzi & Biodata Dr. Zaharuddin
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.