Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Sell With Us
  • Follow Us On
  • Notifications
    Recently Received Notifications
  • Help
  • Sign Up
  • Login

Please Login to see product.

KOMBO Kapal Terakhir Di Dunia Teme Abdullah Iman Publication Novel Teme Abdullah
No Rating Yet
0 Sold
/ Per Item

Color

Please select product variation first

Quantity

20 Items Left
Total
RM 60
Store Overview
FZ Bookstore
1 days ago
Products 578
Followers 23
Rating 5
Joined Within a Year
Cancellation Rate 0%
Product Specification
Category
: Books & Media  >  Fiction book
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 25.00 x 19.00 x 6.00
Weight(kg)
: 0.6
Manufacturing Country
: Not Specified
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Ship From
: Selangor

Product Description
Kapal Terakhir Di Dunia 1 Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya. Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua. Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia. Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya. "Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria." Kapal Terakhir Di Dunia 2 Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh. Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar. Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah. Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa. "Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini." Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri. TEME ABDULLAH Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia. Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup. Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.
Product Review
- / 5.0
  • 0 Shopping Cart
  • Wishlist
  • Voucher Center
  • Information
  • Chat
  • Login / Signup
  • What's In The Box
  • Share
  • Back
  • Back To Top
  • ©2022 PG MALL. All Rights Reserved.