Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo Novel Grafik ASUH - Komik #GI
5.0
1 Penilaian
1 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 20, 2024 - Apr 27, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

14 Unit lagi
Jumlah
RM 64.5
Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
7 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Comics & Manga
Brand
: Galeri Ilmu
Model
: ASUH
SKU
: KNGAGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 15.00 x 6.00
Weight(kg)
: 1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Kombo ini mengandungi 5 buah komik atau novel grafik terbitan ASUH. 

1. Dendam Sikido

2. Adrian...Penulis Superstar

3. Danish... Penulis Megastar

4. Marsya... Penulis Hijabistar

5. Tanah Kubur Challenge


Judul: Dendam Sikido
Siri Kak Long Kawasan
Pengarang : Nita Yusof
ISBN : 978-983-097-856-7
Kod: GB0605
Tebal : 128 ms
Harga : RM12.90 / RM14.90
Berat: 0.21 kg (210 gm)



SINOPSIS:

Pasukan Silat dan Aikido Sekolah Sri Aminah telah terpilih untuk membuat persembahan pada acara Kejohanan Sukan Negeri Perak.


Tetapi... tiba-tiba, hanya satu pasukan sahaja yang dapat membuat persembahan pada acara tersebut.
Justeru, satu pertandingan diadakan untuk memilih pasukan yang akan mewakili Sekolah Sri Aminah. Pasukan Silat perlu berlawan dengan Pasukan Aikido. Adakah pertandingan ini berjalan dengan lancar dan selamat? Atau mereka terpaksa menarik diri dari acara itu?


Hafsah dan Geng Besi terpaksa masuk campur untuk menyelamatkan keadaan!

Judul: Siri Penulis Junior: Adrian...Penulis Superstar
Penulis: Iwan Reaz
Kod : GB0528
Tebal : 128 ms
ISBN : 978-983-097-779-9
Harga : RM12.90 / RM14.90 SS
Berat: 0.11 kg (110 gm)


SINOPSIS


Adik-adik pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis?
Adik-adik mahu jadi penulis tetapi tidak tahu caranya?
Tahukah adik-adik bahawa usia muda bukan penghalang untuk menulis buku sendiri?
Ketahuilah bahawa Adrian juga masih bergelar seorang pelajar. Tetapi beliau percaya pada minat dan bakat yang dimiliki.



Berbekalkan semangat juang dan bimbingan daripada mentornya, Aiman Syafiq, Adrian berjaya menjadi seorang penulis superstar!


Bagaimanakan cara untuk bergelar seorang penulis seperti Adrian? Ikuti pengembaraan Adrian yang serba mencabar di dalam buku ini.

JUDUL: Danish... Penulis Megastar
Siri Penulis Junior
ISBN : 978-983-097-804-8
Kod: GB0544
Pengarang : Iwan reaz
Tebal : 128 muka surat
Harga: RM12.90 /RM14.90
Berat : 0.19 kg (190 gm)

SINOPSIS

Adik-adik mahu jadi penulis tetapi tidak ada idea mahu menulis tentang apa?

Adik-adik teringin melihat karya adik-adik berada di atas rak kedai buku?

Tahukah adik-adik bahawa kita boleh menulis banyak perkara melalui pengalaman yang pernah kita lalui?


Ketahuilah bahawa Danish menulis buku pertamanya menggunakan ilham semasa melancong. Walaupun beliau sering ketandusan idea, Danish mempunyai teknik tertentu yang membolehkan dia berjaya menjadi seorang penulis megastar!


Bagaimanakah cara untuk bergelar seorang penulis seperti Danish? Ikuti pengembaraan Danish yang serba mendebarkan di dalam buku ini.

Siri Penulis Junior:
Judul: Marsya... Penulis Hijabistar
ISBN : 978-983-097-842-0
Kod: GB0580
Pengarang : Iwan reaz
Tebal : 128 ms
Harga : RM 12.90/ RM 14.90 SS
Berat: 0.19 KG (190 gm)

SINOPSIS

Adik-adik mahu berkongsi bakat dan minat melalui penulisan?
Adik-adik mahu menambah lebih ramai rakan di media sosial?
Tahukah adik-adik bahawa perkongsian dan penulisan di media sosial boleh dibukukan? Lebih-lebih lagi jika adik-adik mempunyai ramai pengikut setia.

Ketahuilah bahawa Marsya masih muda tetapi mempunyai ramai pengikut di media sosial kerana rajin berkongsi tip-tip fesyen di alam maya. Berbekalkan nasihat daripada abangnya, Adrian, Marsya berjaya menjadi seoang penulis hijabistar!



Bagaimanakan cara untuk bergelar seorang penulis seperti Marsya? Ikuti pengembaraan Marsya yang serba menarik di dalam buku ini.

SIRI SERAM: TANAH KUBUR CHALLENGE

KOD: GB0614

Pengarang: Mariam Sarbini

Tebal: 128 muka surat

ISBN: 978-983-097-904-5

Harga : RM12.90 /RM14.90

Berat: 0.15 KG (150 gm)


Sinopsis

Ada beberapa kejadian yang berlaku yang mencetuskan rasa ingin tahu kepada Adam dan Sulaiman berkenaan tanah kubur dan roh gentayangan. Perkara itu menjadikan mereka berdua saling mencabar keberanian masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju untuk pergi dan berada di kawasan tanah kubur pada satu malam Jumaat yang mereka namakan sebgai ‘Tanah Kubur Challenge’.


Rancangan mereka berdua diketahui Hawa. Hawa tidak bersetuju dengan rancangan mereka dan menasihati Adam agar tidak melakukannya. Namun Adam tetap mahu meneruskan rancangannya itu.


Pelbagai perkara mendebarkan bercampur lucu yang berlaku semasa ‘lawatan’ Adam dan Sulaiman ke tanah kubur pada malam hari yang gelap itu.


Benarkah roh orang telah mati dibunuh atau mati dalam keadaan mengerikan itu tidak tenteram dan roh-roh ini akan merayau-rayau?


Adakah Adam dan Sulaiman bertemu dengan sesuatu yang menyeramkan di sana?


Siapakah yang akan memenangi ‘Tanah Kubur Challenge’ itu?

Penilaian produk
5.0 / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.