Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
Pelangibooks Harry Potter Boxed Set (Malay Edition)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 25, 2024 - May 02, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

50 Unit lagi
Jumlah
RM 289
Gambaran Kedai
Pelangibooks
On Vacation
Produk 209
Pengikut 114
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Local Book
Brand
: Pelangi
Model
: SHPM77SL
SKU
: SHPM77SL
Dimension (Length x Width x Height)
: 60.00 x 30.00 x 40.00
Weight(kg)
: 14.4
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

LIMITED Harry Potter Boxed Set 

ONLINE EXCLUSIVE ONLY!


Harry Potter dengan Batu Hikmat

Sampai hari ini. tidak ada yang ajaib bagi Harry Potter. Dia tinggal bersama-sama sebuah keluarga yang menyedihkan, keluarga Dursley, biliknya merupakan sebuah almari kecil di bawah tangga, dan sudah sebelah tahun dia tidak pernah menyambut hari jadinya. Tetapi kemudian , datang sepucuk surat misteri yang dihantar oleh seekor burung hantu pembawa pesanan: surat jemputan ke Sekolah Sihir Hogwarts, sebuah tempat yang menajubkan. Di sekolah itulah Harry bertemu bukan sahaja sahabat, serta keajaiban dalam semua hal, tetapi juga takdir hebat yang menantinya.... seandainya dia masih terselamat.


Harry Potter dengan Bilik Rahsia

Tahun kedua Harry di Hoqwarts berlanjutan dengan gangguan dan ketakutan yang baharu, termasuklah pertemuan dengan Gilderoy Lockhart, profesor baharu yang melampau-lampau bongkaknya. Myrtle Meraung, hantu yang menghuni di tandas perempuan, serta perhatian yang tidak dikehendaki daripada Ginny, adik bongsu Ron. Tetapi semua ini hanya hal-hal kecil apabila kesusahan sebenar bermula , dan seseorang atau sesuatu, mula mengubah pelajar2 Hogwards menjadi batu. Adakah itu angkara Draco Malfoy, atau mungkin angkara Hagrid, yang masa lalu penuh misterinya akhirnya terbongkar? atau mungkin angkara orang yang paling disyaki setiap orang di Hogwards...Harry Potter sendiri?!


Harry Potter dengan Banduan Azkaban

Selama 12 tahun Penjara Akzaban, sebuah kota kubu sihir yang menggerunka, memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Dihukum kerana membunuh 13 orang dengan satu sihir sahaja, dia dikatakan penyokong setia Lord Voldemort. Sekarang, dia berjaya meloloskan diri. Harry Potter tidak selamat,sekalipun di balik tembok tebal sekolah sihirnya dan dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya,apatah lagi dengan adanya musuh dalam selimut.


Harry Potter dalam Piala Api

Harry ingin menjauhi keluarga Dursley dan pergi menyaksikan perlawanan Quidditch Piala Dunia bersama-sama Hermione, Ron, dan keluarga Weasley. Dia ingin berangan-angan tentang Cho Chang, gadis yang diminatinya dan ingin mengetahui peristiwa misteri yang melibatkan persaingan dua sekolah sihir serta pertandingan yang tidak diadakan dalam tempoh 14 tahun yang biasa-biasa. Malang bagi Harry Potter,dia bukan biasa-biasa. Dia lain daripada yang lain,sekalipun mengikut standard dunia sihir.


Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Ada sebuah pintu di hujung sebuah koridor sunyi, dan pintu itu menghantui mimpi-mimpi Harry. Bukan peperiksaan P.S.B. yang bakal menjelang,seorang guru baharu yang personalitinya seperti madu yang beracun, satu elf rumah yang jahat dan cengis @ ancaman dia yang tidak boleh dinamakan sahaja yang terpaksa dihadapi Harry. Harry sekarang dia perlu berdepan dengan kerajaan baharu dunia sihir yang tidak boleh dipercayai serta ketidakcekapan pihak berkuasa di Hogwarts juga. Meskipun demikian, Harry melihat kekuatan  dalam diri sahabat-sahabatnya,melebihi daripada apa yang diketahuinya selama ini, kesetiaan tidak berbelah bahagi dan pengorbanan.


Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

Peperangan menentang Voldemort tidak berjalan dengan baik. Hermione mengimbas halaman-halaman Daily Prophet, membaca berita-berita yang buruk. Dumbledore tiada di Hogwart sejak sekian lama dan sekarang...Sama seperti dalam semua peperangan lain,kehidupan diteruskan.Pelajar-pelajar tahun enam belajar muncul tiba-tiba. Anak-anak muda berpelesiran dan berkelahi,serta jatuh cinta. Kelas-kelas juga semakin sukar walaupun Harry menerima beberapa bantuan luar biasa daripa Putera Berdarah Kacukan yang misteri. Sepanjang tempoh itu juga,Harry mencari cerita sebenar dan kompleks tentang budak lelaki yang akhirnya menjadi Lord Voldemort,berharap menemui apa yang menjadi satu-satunya kelemahannya.


Harry Potter dengan Azimat Maut

Harry Potter dibebani sesuatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki Horcrux-Horcrux Voldemort.Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti yang dialaminya sekarang.Namun, dia perlu sedaya upaya mencari kekuatan diri bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kehangatan di The Burrow dan mengharungi, tanpa gentar dan ragu-ragu, laluan pasti yang dilakar untuknya

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.