Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Buku Mr. Mama
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 20, 2024 - Apr 27, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

4 Unit lagi
Jumlah
RM 15
Gambaran Kedai
Mawaddah Bookstore
2 months ago
Produk 116
Pengikut 4
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: 978-983-097-764-5
Dimension (Length x Width x Height)
: 20.00 x 20.00 x 4.00
Weight(kg)
: 0.4
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Kisah tentang lelaki hebat yang sanggup menjadi ‘suri rumah’. Ini kisah-kisah bapa penyayang. Ini adalah kisah-kisah hero yang tidak didendang! 

Mereka bertiga adalah lelaki berkarier yang akhirnya memilih untuk melindungi dan membantu keluarga dengan cara mereka. Masing-masing punya alasan dan situasi yang berbeza-beza, namun yang pasti ketiga-tiga mereka menyandang jawatan yang sama – MR MAMA!

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa kisah-kisah ini perlu dibukukan. Pertama untuk membuka ruang pemikiran masyarakat kita tentang peranan dan pengorbanan seorang suri rumah yang sering kali dipandang remeh. Ya, adakalanya, para suami perlu berada ‘dalam kasut’ isteri, jika mahu menjadi seorang yang lebih memahami.

Selain itu, ia diharap menjadi inspirasi kepada satu kelompok lelaki di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari kerjaya dan akhirnya memilih untuk menjadi seorang suami yang gagal serba-serbi. Semoga ia akan menyuntik inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang berguna. sementara masih tidak mampu memberi nafkah kepada keluarga, ringankanlah tugas isteri dengan turut sama melakukan kerja-kerja rumah tangga!

BICARA BONDA NOR TENTANG MR MAMA

 Sewaktu mendapat tahu Dr Mohd Khamizi Aziz terpaksa berhenti kerja kerana mahu menemani isterinya bertugas sebagai pakar bius di Sibu, saya terkejut. Mengenalinya sebagai seorang doktor perubatan yang aktif dengan pelbagai aktiviti sosial, saya boleh membayangkan tekanan yang akan beliau hadapi jika terpaksa menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumahtangga. Sudah biasa ke sana ke mari, takkan sanggup jiwanya terima jika harus terperuk di rumah saja!

“Walaupun tidak bekerja, teruslah terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Cari ruang untuk sumbang sesuatu. Penuhi fitrah sebagai seorang khalifah. Kalau tidak, takut stres nanti.”

Hanya pesanan itu yang mampu saya titipkan. Dan syukur, fitrah untuk terus menyumbang tenaga dan buah fikiran memang sedia subur dalam diri Dr Khamizi. Gembiranya saya melihat beliau terus setia menjaga keluarganya di rantau orang tanpa mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Beliau terus aktif menyumbang bakti sebagai orang penting dalam beberapa NGO dan persatuan walaupun sambil mendukung bayi dan mengheret anak-anaknya ke sana ke mari. Jobless but still proudly being ‘somebody’! Wow!

Ini antara titik tolak yang membuahkan minat saya untuk mengetengahkan kehidupan seorang Mr Mama. Kisah tentang lelaki hebat yang sanggup menjadi ‘surirumah’. Hasrat ini semakin bercambah sewaktu mengetahui seorang lagi sahabat saya terpaksa berhenti kerja kerana didesak oleh rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Ustaz Shahrul Zaman Lukman, seorang editor yang sudah punya kerjaya yang stabil turut nekad meletakkan jawatan demi menjaga sendiri anak kembar lelakinya yang baru dilahirkan.

Seronok menyaksikan beliau menyorong stroller anak-anak kembarnya ke sini sana. Memasak, mengemas rumah dan menguruskan kerja-kerja rumahtangga sedang dalam masa yang sama masih meneruskan kerja-kerja sebagai seorang editor. Freelancer. A work- at- home dad. Hati terus berdetik - wah, ini juga kisah pengorbanan yang cukup menarik!

“Bonda, saya juga seorang surirumah sekarang.”

Baik, pengakuan yang satu ini buat saya lebih terkejut. Ustaz Mohd Kushairi Ismail, seorang motivator hebat yang saya sendiri pun pernah mengikuti kursus beliau. Bukan sekadar itu, saya juga bahkan mengenalinya sebagai seorang CEO sebuah kolej swasta. Bukan calang-calang jawatannya. Bukan kecil anak juga nilai tangga gajinya.

Justeru sewaktu lelaki bekerjaya hebat ini juga mengakui telah menjadi seorang surirumah, saya sangat terkejut. Ya Tuhan, patutlah saya semakin kerap melihat status media sosialnya yang menayangkan usahanya belajar memasak dan mengemas rumah! Apa sudah jadi?

“Saya terlalu sibuk sejak jadi CEO, bonda. Anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang seorang bapa. Saya sendiri selalu rindukan masa untuk bersama mereka. Kebetulan ada sedikit masalah dan salah faham di syarikat. Saya memilih untuk berhenti. Pada hari biasa, saya jadi surirumah dan pada hujung minggu saya memenuhi undangan ceramah.”

Subhanallah. Ini kisah-kisah bapa penyayang. Ini adalah kisah-kisah hero yang tidak didendang! Mereka bertiga adalah lelaki berkarier yang akhirnya memilih untuk melindungi dan membantu keluarga dengan cara mereka. Masing-masing punya alasan dan situasi yang berbeza-beza, namun yang pasti ketiga-tiga mereka menyandang jawatan yang sama – MR MAMA!

“Bukukan semua pengalaman berharga ini! Tulis! Biar jadi panduan pada orang lain.”

Saya kemukakan permintaan. Dan Alhamdulillah, mereka turut bersemangat mahu membuat perkongsian.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa kisah-kisah ini perlu dibukukan. Pertama untuk membuka ruang pemikiran masyarakat kita tentang peranan dan pengorbanan seorang surirumah yang seringkali dipandang remeh. Ya, adakalanya, para suami perlu berada ‘dalam kasut’ isteri, jika mahu menjadi seorang yang lebih memahami.

“Penat, Bonda Nor! Baru saya tahu perasaan seorang surirumah. Baru saya faham kenapa mak-mak suka berleter.”

Saya tergelak mendengar pengakuan mereka. Baru mereka tahu! Berada di rumah sepanjang hari, berkemas, membasuh baju, menyapu dan memasak sambil menguruskan anak-anak bukan satu tugas mudah. Ianya kerja berterusan yang tidak pernah ada titik noktah!

Namun, secara jujurnya, saya juga ada satu sebab lagi mengapa saya mahu ketengahkan kisah-kisah seperti ini. Saya mahu ianya menjadi inspirasi kepada satu kelompok lelaki di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari kerjaya dan akhirnya memilih untuk menjadi seorang suami yang gagal serba-serbi. Sungguh, ini realiti! Memang ramai lelaki berada dalam kelompok ini.

Tidak terkira betapa banyaknya mesej yang dihantar oleh para isteri kepada saya tentang suami mereka yang menjadi ‘biawak hidup’ dalam keluarga. Tak bekerja, tak beri nafkhah pada keluarga, bahkan pemalas pula. Hidup makan tidur saja. Sudahlah duit belanja isteri tanggung, kerja-kerja rumah pun isteri yang uruskan. Lelaki seperti ini seperti hilang peranannya sebagai seorang khalifah. Nak cari nafkah, tak tahu nak kerja apa. Nak tolong kerja rumah, rasa malu, rasa tercabar ego mereka.

Maka menerusi naskhah MR MAMA ini, saya berharap akan menyuntik inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang berguna. Jika tiga orang lelaki yang ‘berprestasi tinggi ini’ pun masih mampu melakukan banyak hal-hal yang bermanfaat buat masyarakat serta masih tidak malu untuk membuat kerja-kerja yang sinonim dengan wanita seperti memasak dan menjaga anak-anak, mereka juga boleh sebenarnya. Nasihat saya buat mereka mudah saja – sementara masih tidak mampu memberi nafkhah kepada keluarga, ringankanlah tugas isteri dengan turut sama melakukan kerja-kerja rumahtangga! Boleh sebenarnya!


Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga penulis Mr Mama di atas perkongsian kisah-kisah eksklusif ini. Semoga setiap ibrah yang diperah daripadanya akan membuahkan hasil yang lazat untuk dimamah masyarakat, insya-Allah.
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.