“Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuannya.”

(Hadis sahih dari Abu Hurairah r.a diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nuaim dan Addailamiy)

Dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan perbezaan antara orang mukmin yang berjaya dengan orang yang tidak beriman. Di penghujung surah, Allah SWT telah menceritakan ciri-ciri orang yang tidak beriman itu adalah seorang yang jahil, bodoh, malas belajar dan tidak ambil tahu tentang ilmu.

Sekiranya ada orang berkata dia beriman, kita rujuk al-Quran kembali. Orang beriman adalah orang yang cerdik sebab selalu berfikir jauh dan hatinya tenang serta bersih.