Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Melbourne & Sydney Dalam Sepuluh Hari
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 19, 2024 - Apr 26, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
FZ Bookstore
3 days ago
Produk 408
Pengikut 28
Penilaian 5
Sertai 2 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Travel & Tourism
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 25.00 x 19.00 x 4.00
Weight(kg)
: 0.5
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Melbourne dan Sydney dalam Sepuluh Hari adalah catatan perjalanan tujuh orang sahabat. Kedua-dua kota yang popular di Australia mempunyai keunikan tersendiri. Buku ini dedikasi kami kepada rakan-rakan dan pembaca yang ingin bersama kami melihat tempat-tempat menarik yang kami rakamkan.


Antara tempat menarik yang kami lawati ialah:

- Great Ocean Road
- Belgrave untuk menaiki Puffing Billy
- Phillip Island untuk melihat koloni Little Penguin
- Blue Mountains National Park
- Sydney Fish Market
- Sydney Harbour

dan banyak lagi tempat yang meninggalkan kenangan manis buat kami semua.

Buku ini mengandungi 100 mukasurat bergambar dengan warna penuh dan dicetak menggunakan kertas yang berkualiti.

Melbourne, sebuah bandar yang dikatakan paling selesa bermastautin.
Apakah rahsianya?

Sydney, sebuah kota pelabuhan dengan mercu tanda yang hebat iaitu Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge.
Apakah yang dilakukan penduduk kota ini pada waktu tengahari?

Melbourne, sebuah bandar yang dikatakan paling selesa diduduki memberi kenangan manis buat kami. Sehinggakan salah seorang rakan kami telah kembali ke Melbourne kurang dua bulan selepas pulang ke Malaysia. Hebat sungguh penangan kota Melbourne. Apakah yang membuatkan beliau kembali?

Kami sempat mengikuti trip ke Great Ocean Road yang telah dikunjungi jutaan pelancong dalam dan luar Australia. Kami melihat koloni Little Penguin di Phillip Islands. Walaupun dalam kedinginan, tetapi kami seronok. Sehinggakan terhasil sebuah sketsa berdasarkan pemerhatian kami terhadap koloni penguin yang comel ini.

Apa pula yang kami alami di Sydney?

Sydney terletak di New South Wales dan suhunya lebih tinggi berbanding di Melbourne. Jadi tidak perlu risau kerana cuacanya yang sederhana. Kota yang padat ini masih mengekalkan bangunan penting yang berusia puluhan malah lebih seratus tahun.

Berjalan seharian dari Circular Quay hinggalah ke pelosok kota agak memenatkan. Namun berbaloi. Dari Sydney, kami menaiki keretapi untuk ke pekan Katoomba. Pencinta alam dan pendaki akan berhenti di sini untuk pergi ke Blue Mountains National Park.

Pekan Katoomba yang terletak pada ketinggian lebih 3000 kaki dari aras laut mempunyai sejarahnya tersendiri. Dari situ kami menaiki bas Blue Mountains Explorer Hop On Hop Off untuk berhenti di beberapa checkpoint terpilih di Blue Mountains.

Tidak cukup dengan itu, kami sakan membeli-belah di Paddy's Market untuk membawa pulang cenderahati buat keluarga dan kenalan di Malaysia.

Kami mula menulis pengalaman di kedua-dua bandar ini untuk tujuan diterbitkan sebagai naskhah penuh. Selepas empat bulan, akhirnya ia berada di tangan. Sebuah 'album' yang penuh kisah di Melbourne dan Sydney selama sepuluh hari.

Terimalah ... Melbourne dan Sydney dalam Sepuluh Hari.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.