Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Sherlock Holmes Series - Edisi Malay (Isu 1-5)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 18, 2024 - Apr 25, 2024

Warna

Edisi

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

239 Unit lagi
Jumlah
RM 10
Gambaran Kedai
Anis yohana trading
38 minutes ago
Produk 5072
Pengikut 123
Penilaian 4.9
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 23.1%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 5.00 x 15.00
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

#1 Sherlock Holmes: Penyiasatan Benang Berdarah (Z27,BL121)

SYNOPSIS 
 
Penyiasatan Benang Berdarah (A Study in Scarlet) merupakan buku pertama yang memperkenalkan watak Sherlock Holmes dan Dr. Watson kepada dunia, yang ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle.
 
Misteri kematian seorang lelaki dengan wajah yang berkerut pelik telah membawa Sherlock Holmes dan Dr. Watson ke selatan London. Mayat lelaki itu ditemui di dalam sebuah rumah tinggal. Tiada tanda-tanda lelaki itu dikasari, namun pada dinding berdekatan mayat itu terdapat tulisan berdarah yang misteri.
 
Kes pembunuhan yang disangka mudah oleh pihak polis, rupanya mempunyai perkembangan yang tidak dijangka; tentang dendam berpuluh tahun yang dibawa dari Amerika. Saksikan kebijaksanaan Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini dan mencari pembunuhnya.

============================================================================================================

#2 Sherlock Holmes: 4 Pemburu Harta (M7)

SINOPSIS

Selepas kehilangan bapanya secara misteri, seorang wanita muda, Mary Morstan saban tahun menerima sebutir mutiara yang berkilauan daripada seseorang yang tidak diketahui. Pada suatu hari, orang tersebut menjemputnya untuk bertemu, dan mengatakan wanita muda itu telah dianiaya.

Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemani Mary Morstan bertemu dengan pengirim misteri tersebut. Sebelum kisah sebenar tentang mutiara-mutiara yang diterima wanita muda itu terungkai, mereka berhadapan dengan satu kes pembunuhan pelik, di mana seorang lelaki ditemui kejang, mati dibunuh di dalam bilik berkunci dengan mesej yang bertulis 'Sumpah Empat Sahabat'.

Sherlock Holmes dan Dr. Watson mula melakukan siasatan. Tanpa diduga, kisah mutiara mewah yang misteri itu membuka lembaran dendam yang jauh dibawa dari kepulauan Andaman, ketika perang pemberontakan di India. Kisah tentang harta berdarah dan nyawa-nyawa yang melayang kerananya!

=============================================================================================

#3 Sherlock Holmes: Skandal di Bohemia, Liga Kepala Merah & Misteri Identiti (M7)

SINOPSIS & SARI RANSANG

Skandal di Bohemia 

Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima kunjungan daripada seorang lelaki bertopeng yang mahukan kembali gambarnya bersama seorang penyanyi opera yang jelita bernama Irene Adler kerana khuatirkan ugutan wanita itu. Daripada kes yang dianggap mudah, Sherlock Holmes tidak menyangka dia akan dikalahkan oleh seorang wanita! 

Liga Kepala Merah 

Jabez Wilson yang berambut merah menyala datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk menyiasat tentang pertubuhan Liga Kepala Merah yang baru disertainya. Liga itu mengambilnya bekerja semata-mata kerana rambutnya yang merah, dan kemudian tiba-tiba liga itu dibubarkan begitu sahaja. Biarpun kesnya kedengaran lucu, tetapi Sherlock Holmes dapat mencium satu jenayah besar akan berlaku. 

Misteri Identiti 

Tanpa pengetahuan bapanya, Mary Sutherland telah bertunangan dengan seorang lelaki misteri bernama Hosmer Angel. Pada pagi sebelum berlangsungnya perkahwinan, Hosmer meminta kesetiaan Mary supaya terus tetap bersamanya biar apa pun yang berlaku. Dalam perjalanan ke gereja untuk upacara perkahwinan, Hosmer Angel didapati hilang. Kereta kuda yang dinaikinya kosong, sedangkan semua mata melihatnya menaiki kereta kuda itu. Mary menemui Sherlock Holmes, tetapi detektif itu cuma ketawa dan mengatakan Hosmer Angel tidak akan dijumpai lagi. Apakah lelaki itu telah diculik? 

Skandal di Bohemia (A Scandal in Bohemia), Liga Kepala Merah (The Red-Headed League) dan Misteri Identiti (A Case of Identity) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892. 

=============================================================================================

#4 Sherlock Holmes: Misteri Lembah Boscombe, Lima Butir Biji Oren & Lelaki Bermulut Herot (M4)

Sinopsis

Misteri Lembah Boscombe Holmes dan Watson bertolak ke Boscombe untuk membantu Lestrade dalam kes pembunuhan Charles McCarthy. Semua testimoni mensabitkan kesalahan ke atas anaknya, James McCarthy. Bagaimanapun tunang James, iaitu Cik Turner yakin dia tidak bersalah. Lebih merumitkan keadaan, James pula mengaku bersalah. Sherlock Holmes menyedari ada sejarah terpendam antara keluarga Turner dan McCarthy. Lima Butir Biji Oren Bapa saudara John Openshaw, iaitu Kolonel Elias ditemui mati beberapa ketika selepas menerima sepucuk surat yang mengandungi lima butir biji oren kering dan tertulis K. K. K. pada sampulnya. Beberapa tahun kemudian, ayah John, iaitu Joseph pula menemui maut selepas menerima surat yang sama. Kini, surat yang serupa sampai ke tangan John. Dia segera datang menemui Sherlock Holmes untuk meminta pertolongan. Selepas banyak kes yang berjaya diselesaikannya, dapatkah Holmes menyelamatkan nyawa John kali ini? Lelaki Bermulut Herot Neville St. Clair, seorang usahawan yang berjaya telah hilang dan isterinya mendakwa kali terakhir dia melihat suaminya itu adalah di tepi tingkap sebuah sarang penagihan candu dalam kota London. Isterinya terus berkejar naik ke tempat itu tetapi dia hanya menemui seorang peminta sedekah yang tempang, yang menafikan tentang kewujudan orang lain di dalam bilik tersebut. Neville disyaki telah dibunuh, dan polis telah menangkap pengemis itu. Namun, beberapa hari kemudian, isteri Neville menerima surat daripada suaminya. Sherlock Holmes menyiasat sama ada Neville masih hidup atau surat itu cuma satu permainan pemilik sarang penagihan candu tersebut.

=============================================================================================

#5 Sherlock Holmes: Misteri Delima Biru, Misteri Pita Berbintik & Misteri Ibu Jari Jurutera (L120,BL117)

Misteri Delima Biru

Sherlock Helmos dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan ia telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik. 

Misteri Pita Berbintik

Sherlock Helmos dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan 'pita berbintik'. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Helmos dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat.

Misteri Ibu Jari Jurutera

Dr.Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya.Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya.

Misteri Delima Biru (The Adventure of the Blue Carbuncle), Misteri Pita Berbintik (The Adventure of the Speckled Band), dan Misteri Ibu Jari Jurutera (The Adventure of the Engineer’s Thumb) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.



 
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.