Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Sherlock Holmes Series - Edisi Malay (ISU 6 - 10)
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 23, 2024 - Apr 30, 2024

Warna

Edisi

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

273 Unit lagi
Jumlah
RM 10
Gambaran Kedai
Anis yohana trading
56 minutes ago
Produk 5071
Pengikut 123
Penilaian 4.9
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 10.00 x 5.00 x 15.00
Weight(kg)
: 0.3
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

#6 Sherlock Holmes: Pilu Seorang Bangsawan, Misteri Mahkota Permata Beril & Misteri di Copper Beeches (L138,Z34)

SINOPSIS/SARI RANSANG

Pilu Seorang Bangsawan

Sherlock Holmes dan Dr. Watson diminta oleh seorang lelaki bangsawan untuk mencari isterinya yang hilang selepas majlis perkahwinan mereka. Mereka menjumpai gaun pengantin wanita itu terapung di dalam tasik. Polis Scotland Yard mengatakan wanita itu telah mati lemas, namun Sherlock Holmes merasakan sebaliknya dan terus menyiasat ke mana perginya wanita itu.

Misteri Mahkota Permata Beril

Sherlock Holmes dan Dr. Watson membantu seorang pegawai bank yang kehilangan tiga butir permata pada sebuah mahkota kecil yang amat berharga di bawah jagaannya. Lebih menyulitkan, dia mengesyaki anaknya yang bertanggungjawab mencuri permata itu kerana dia berjaya menangkap anaknya itu cuba merosakkan mahkota itu. Sherlock Holmes cuba membuktikan anaknya itu tidak bersalah.

 

Misteri di Copper Beeches

Sherlock Holmes dan Dr. Watson didatangi oleh seorang wanita muda bernama Violet Hunter, yang merasakan dirinya seperti dipaksa untuk menyamar sebagai seorang yang lain setelah bekerja sebagai pengasuh di sebuah rumah di Copper Beeches. 

============================================================================================

#7 Sherlock Holmes: Silver Blaze, Wajah Kuning, Kerani Broker Saham & ‘Gloria Scott’ (M4)

Isi Kandungan : 

  1. Silver Blaze
  2. Wajah Kuning
  3. Kerani Broker Saham
  4. ‘Gloria Scott’

Silver Blaze Kuda lumba yang terkenal, Silver Blaze telah hilang sebelum perlumbaan penting dan pelatihnya ditemui mati dibunuh. Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima telegram daripada pemilik kuda tersebut, Kolonel Ross untuk menyiasat kes ini. Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menjumpai semula Silver Blaze sebelum bermulanya perlumbaan? Dan siapa yang membunuh pelatihnya? Wajah Kuning Sherlock Holmes dan Dr. Watson dikunjungi lelaki yang digelar Holmes sebagai Munro berdasarkan topi yang dipakainya. Munro mengadu bahawa dia ditipu isterinya. Isterinya itu pernah berkahwin di Amerika sebelum berpindah ke England kerana keluarga terdahulunya telah meninggal dunia akibat demam kuning. Perkahwinan mereka cukup bahagia, sehinggalah pada suatu hari isterinya meminta wang sebanyak 100 pounds dan Munro ternampak orang berwajah kuning di sebelah rumahnya. Kerani Broker Saham Seorang kerani muda, Hall Pycroft meminta nasihat Holmes atas perasaan curiganya terhadap sebuah syarikat yang menawarkannya gaji yang terlalu besar. Atas sebab itu, Holmes, Watson, dan Pycroft pergi ke tempat di mana syarikat yang menawarkan kerja itu beroperasi. Semasa mereka tiba di pejabat yang dimaksudkan, pegawai yang ada di pejabat itu cuba membunuh diri setelah melihat mereka. Apa yang membuatkan dia bertindak hingga sebegitu? ‘Gloria Scott’ Ini merupakan kes pertama yang Sherlock Holmes tangani dalam hidupnya. Ketika ini dia masih seorang pelajar kolej. Semasa cuti, Holmes tinggal di rumah sahabatnya, Victor Trevor. Holmes telah melakukan kesilapan dengan membuat kesimpulan yang tepat ke atas ayah Victor, dan menyebabkan lelaki itu diserang gemuruh dan pengsan di meja makan. Holmes menyedari ayah Trevor mempunyai sejarah silam yang hitam, dan seseorang dari masa silam itu kini datang menghantuinya semula. Keempat-empat kisah pendek ini telah dimuatkan dalam jilid The Memoirs of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.

============================================================================================

#8 Sherlock Holmes: Ritual Keluarga Musgrave, Teka-Teki Reigate, Lelaki Berbadan Bongkok & Pesakit Jalan Brook (L122,L177,BL121)

Ritual Keluarga Musgrave

Dua orang pembantu rumah keluarga Musgrave, Brunton dan Rachel Howells didapati hilang. Brunton hilang selepas dipecat kerana menyelongkar dokumen-dokumen keluarga Musgrave. Rachel Howells pula hilang tidak lama selepas itu. Musgrave menceritakan tentang ritual keluarganya kepada Sherlock Holmes, iaitu serangkap gurindam pelik yang berasal dari kurun ke-17. Holmes merasakan kehilangan dua orang pembantu rumah itu ada kena-mengena dengan ritual tersebut.

Teka-Teki Reigate

Dr. Watson membawa Sherlock Holmes berehat di Reigate setelah sahabatnya itu jatuh sakit. Ketika berada di sana, rumah seorang jutawan di kejiranan itu telah dirompak. Namun, barang-barang yang hilang cuma beberapa buah buku, satu gelendung benang dan beberapa barang kecil yang lain. Watson melarang Holmes menyiasat kerana tidak mahu sahabatnya itu jatuh sakit semula. Beberapa malam berikutnya, sebuah rumah lagi telah dirompak dan seorang pekerja di kediaman itu telah ditembak. Pada tangan mangsa terdapat cebisan kertas tertulis waktu dia terbunuh. Watson tidak lagi dapat menahan Holmes daripada melakukan siasatan.

Lelaki Berbadan Bongkok

Nancy Barclay dituduh membunuh suaminya selepas berlaku satu pertengkaran. Namun pada Sherlock Holmes, ada sesuatu yang mencurigakan di mana kunci pintu bilik itu telah hilang dan terdapat kesan tapak kaki binatang aneh di dalam bilik itu. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menganggapnya sebagai faktor penting dalam kes ini. Bagaimana Sherlock Holmes membuktikan teorinya kepada pihak polis?

Pesakit Jalan Brook

Dr. Percy Trevelyen meminta bantuan Sherlock Holmes apabila majikannya, iaitu Tuan Blessington mula bersikap pelik. Ia bermula apabila Tuan Blessington terbaca di surat khabar tentang kes kecurian di kawasan berdekatan. Dia telah memasang palang besi di semua tingkap rumahnya dan sentiasa kelihatan cemas. Sherlock Holmes tertarik dengan kes ini, dan mendapati Tuan Blessington menyimpan rahsia besar. Kejadian berikutnya memaksanya menyiasat satu kes pembunuhan.

Keempat-empat kisah pendek ini telah dimuatkan dalam jilid The Memoirs of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.

 ===========================================================================================

#9 Sherlock Holmes: Jurubahasa Yunani, Perjanjian Perkapalan & Masalah Terakhir (L122,BL113)

Jurubahasa Yunani

Dr. Watson terkejut apabila mendapat tahu sahabatnya, Sherlock Holmes mempunyai abang, Mycroft. Mycroft membawa mereka berjumpa dengan Tuan Melas, seorang berbangsa Yunani yang telah dibawa ke satu rumah secara rahsia dan dipaksa menjadi jurubahasa kepada seorang lelaki yang kelihatan seperti ditawan dan didera. Sherlock, Watson dan Mycroft perlu segera bertindak apabila Melas diculik sekali lagi, kerana kali ini pasti ada nyawa yang akan melayang!

 Perjanjian Perkapalan

Satu perjanjian antarabangsa penting telah dicuri dari atas meja pejabat Tuan Percy Phelps, yang merupakan rakan lama Watson. Kerana berasa tertekan, Tuan Phelps telah diserang radang otak dan terlantar sakit selama sembilan minggu. Apabila semakin pulih, dia meminta Watson menemukannya dengan Sherlock Holmes dan merayunya mencari perjanjian itu. Tuan Phelps bimbang hubungan antara England dan Perancis mungkin bergolak jika perjanjian itu jatuh ke tangan yang salah.

 

Masalah Terakhir

Sherlock Holmes tiba di rumah Watson pada suatu hari dengan keadaan tidak bermaya dan pucat. Watson terkejut apabila Holmes menceritakan dia baru sahaja terlepas daripada tiga kali percubaan untuk membunuhnya. Semuanya bermula selepas Profesor Moriarty datang mengunjunginya di rumah dan memberi amaran supaya Holmes berhenti mengganggu urusannya. Namun, Sherlock Holmes tetap berkeras dan bermulalah permainan maut antara mereka berdua. Holmes telah mengajak Watson mengikutnya ke Eropah sementara menunggu rancangannya memerangkap Profesor Moriarty membuahkan hasil. Namun, orang yang dianggap Sherlock Holmes sebagai saingannya itu bukan mudah ditundukkan. Adakah Sherlock Holmes akan selamat? Atau ini adalah kisah terakhirnya?

Ketiga-tiga kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Memoirs of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.

============================================================================================

#10 (NOVEL) Sherlock Holmes: The Hound of the Baskervilles - Edisi Bahasa Melayu (BL177,BL177)

Dr. Mortimer menemui Sherlock Holmes, meminta bantuan penyiasat terkenal itu untuk melindungi waris terakhir keluarga bangsawan Baskervilles, iaitu Sir Henry Baskerville, daripada ancaman maut anjing puaka yang menghantui keluarga itu selama beratus tahun. Anjing puaka itu, yang menurut penduduk desa bersaiz amat besar daripada anjing pemburu biasa, dengan mata dan mulutnya yang memancarkan api telah menyebabkan kematian Sir Charles Baskerville, bapa saudara Sir Henry tidak berapa lama sebelum itu.

 

Sherlock Holmes meminta Dr. Watson mengiringi Sir Henry dan Dr. Mortimer pulang ke kawasan mur di Devonshire, di mana terletaknya Rumah Besar Baskerville, sementara dia sendiri sedang menyiasat satu kes di Baker Street. Dr. Watson mendapati kawasan mur itu amat menyeramkan, dan beberapa kali telah mendengar bunyi aneh yang menakutkan. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang misteri, bersembunyi di kawasan paya berbatu yang sunyi itu, sentiasa mengintai ke arah Rumah Besar Baskerville. Mungkinkah kes ini melibatkan makhluk ghaib? Mungkinkah benar ada anjing dari neraka mendiami kawasan mur itu dan memburu ahli keluarga Baskerville?

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.