Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo GE15LAGI (Bundle A) #GI
5.0
8 Penilaian
23 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 20, 2024 - Apr 27, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

7 Unit lagi
Jumlah
RM 58
Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
6 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Business & Investment
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: NKSDCSIGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 15.00 x 3.00
Weight(kg)
: 1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

1. Claim store voucher at https://pgmall.my/s/VDD1/4467

2. Insert store voucher code at checkout : PB88CNY

3. Enjoy additional 8% off, with min. spend of RM 88.00

4. Discount is capped at RM 8.00

5. Valid till 31 Jan 2023, or until voucher fully redeemed. 


Enjoy & thank you for your support! 


NAK KAYA SERIBU DAYA

Bagi sesiapa yang membaca buku ini, tanamkan di dalam hati bahawa bukanlah dosa sekiranya kita lahir miskin. Tetapi tidak semestinya kita perlu mewarisi kemiskinan kita kepada waris selepasnya. Setiap marhaen yang lahir dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan hakikatnya berpeluang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup jika memiliki matlamat yang jelas, melakukan tindakan yang betul, konsisten dalam berusaha dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Buang minda subsidi. Sentiasa ingatkan diri bahawa tidak ada perkara percuma di dunia ini. Sebagai marhaen yang bukan pewaris harta berjuta, kita perlu berjuang dengan pelbagai cara untuk memastikan setidak-tidaknya kita berpeluang memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan kita yang sebelum ini.

Benar, rezeki di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, adalah tanggungjawab untuk kita menggali ilmu, berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan keluarga kita. Lahir miskin tidak salah, yang salah adalah apabila kita tidak berusaha untuk keluar daripada kemiskinan tersebut.

 


 

 

KANDUNGAN

Bahagian 1: Gaya Kehidupan Awal

Antaranya: Rumah Tangga Dan Kewangan;  Kerjaya Pertama Saya;  Pejuang Wanita Marhaen; Berjuang Dan Terus Buat!; Cabaran Perkahwinan Di Usia Muda;  Pengurusan Gaji; Elak Beli Barangan Remeh; Pilihan Gaya Hidup; Perjalanan Ke Arah Financial Freedom;  Pengurusan Hutang ...

 

Bahagian 2: Gaya Berkerjaya
Antaranya: Kerjaya Dan Kita: Perkara Asas Temuduga;  Jenis-Jenis Kaki Di Pejabat; Kerjaya Bukan Hak Hakiki; Trend Anak Muda;  Kekayaan Dan Keperluan Dana Cemas; Mampukah Kita Bersara?; Kereta Adalah Lambang?; Sesuaikan Tips Kewangan Mengikut Zaman; Benarkah Rumah Adalah Aset? ...

Bahagian 3: Gaya Menabung Kekayaan
Antaranya: Perlukah Menabung Emas?; Takut Bayar Zakat?; Peluang Pendapatan Melalui Emas; Kenapa Perlu Ada Replacement Income?; Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir;Surirumah Dan Kekayaan;Siapa Yang Paling Takut Menabung Emas?;  Bagaimana Mahu Menjadi Dealer Pg Yang Berjaya; Apakah Ciri Emas Pelaburan Yang Baik?; Permulaan Menabung Emas Bagi “Newbies”; Emas Dan Kuasanya; Pajak Emas Lebih Bermaruah...

TENTANG PENULIS

“Marlia Ramli itu siapa?”

“Dia adalah Mohd Zulkifli versi perempuan!”

Itu perbualan ringkas saya dengan seorang staf Public Gold, syarikat pengeluar emas terbesar Malaysia, ketika saya pertama kali mendengar nama beliau.

Jawapan balas ringkas itu sudah cukup untuk saya kenal siapa dia Pn. Marlia Ramli, dan bagaimana prestasi beliau dalam bisnes.

Beliau bukanlah orang yang sangat bijak ataupun sangat pandai. Tapi beliau adalah seorang "fighter" dalam hidupnya. Di kalangan murid-murid saya, saya tidak nampak kelebihan yang ada pada beliau (berbanding yang lain) melainkan bercita-cita tinggi, sanggup bekerja keras secara konsisten, dan tidak mengalah!

Ciri-ciri inilah yang membuat prestasi beliau dapat mengalahkan semua yang lain! Dan ciri-ciri inilah yang dimiliki oleh semua orang berjaya di dunia. Jadi, apa yang beliau tulis di dalam buku ini ialah bagaimana rakyat marhaen pun boleh menjadi seorang jutawan. Ia bukan soal "boleh" atau "tak boleh". Tapi soal "nak" atau "tak nak", dan "sanggup" atau "tak sanggup" untuk belajar dan berusaha sahaja.


CSI KEWANGAN - PENGURUSAN KEWANGAN DARI KECIL HINGGA DEWASA

CSI KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-938-0
Penulis: Zaidi Ismai
Kod: GB655
Tebal: 168 ms
Saiz: 21.6cm X 13.9cm
Berat: 0.35kg
Kulit: Soft cover
Percetakan: 4 warna
Harga: RM28.00

Pengurusan wang adalah seni. Malangnya, keseniannya semakin pudar. Kita menjadi semakin miskin setiap hari hanya kerana kita tidak mampu menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan aset kita dan memastikannya berkembang.

Pengurusan kewangan terbaik bermula sejak dari awal hidup kita. Ini bagi memastikan kita dapat menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kegagalan kita menguruskan aset dan memastikannya berkembang boleh menyebabkan kita menjadi semakin miskin setiap hari. Jadi, usah tunggu sesuatu perkara mencecah tahap tidak terkawal sebelum memikirkan cara untuk menguruskan sumber berharga kita ini.

Oleh itu, di dalam buku ini, penulis berkongsi pelbagai cara pengurusan kewangan bagi setiap tahap umur dan pada semua peringkat perjalanan hidup kita. Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan membantu anda mengatur hidup dengan lebih baik.

 


 

 

Kandungan

Bahagian 1

BAB 1 Bermula Lebih Awal Untuk Melakukan Yang Lebih Baik

BAB 2 Mengajar Anak-anak Menguruskan Wang

BAB 3 Pengurusan Wang untuk Remaja cara Lemonade.

BAB 4 Pengurusan Wang untuk Keluarga

BAB 5 Pengurusan Wang untuk Perniagaan Dari Rumah

BAB 6 Menguruskan Wang ketika Berhadapan Kesukaran

BAB 7 Melindungi Diri kita dari Skim Pengurusan Wang Haram

BAB 8 Melaburkan Wang

BAB 9 Strategi Pengurusan Wang

BAB 10 Pengurusan Wang untuk Masa Depan

BAB 11 Hutang

BAB 12 Hutang Sebagai Alat Kewangan

BAB 13 Kajian Kes

 

Bahagian 2

EXTRA BONUS 137 Tip Menambah Baik Kewangan

 

 

 

 

 

 


Penilaian produk
5.0 / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.