Penghantaran
Warna
Kuantiti
"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."
"Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."
Itulah doa sebelum meninggalkan Masjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidilharam.
Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di Masjidilharam.
Bukan semua orang ada peluang dan mampu menunaikan haji di Makkah. Kadang-kadang, orang yang mampu pula tiada kemahuan untuk menunaikan haji. Ada yang sudah puas mengelilingi dunia, tetapi belum tergerak hati untuk tawaf mengeliling Kaabah. Ada yang sanggup terbang merentasi dunia demi berjumpa kekasih hati di perantauan, tetapi belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci.
Sungguh, seruan haji adalah jemputan daripada syurga. Hanya orang tertentu dan terpilih sahaja yang mendapat keistimewaan ini. Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam buku ini.
Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Fokus kepada ibadah haji dapat terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum.
Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.
Kembara untuk menuju ke syurga tidak berakhir di Makkah dan Madinah. Haji bukan semata-mata beribadah di tanah suci dan kemudian kembali hanyut dengan godaan dunia di tempat asal kita.
Dengan panduan hidayah dan bimbingan Tuhan, penulis memanifestasikan pengajaran daripada perjalanan haji dalam kehidupan sehariannya selepas kembali ke tanah air. Bagi mereka yang bakal atau pernah menjejakkan kaki ke tanah suci, buku ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Ceritanya ringkas tetapi signifikan. Ceritanya indah, membuai emosi, dan pastinya mengusik hati.
PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (200801035285 (836625-K)) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.
Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.
Jimat Setiap Hari Di PGMall
Di PGMall, anda boleh dapatkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pengalaman Membeli Belah Yang WOW
Berbelanja pada bila-bila masa dan dimana sahaja, kami di PGMall akan memastikan penghantaran yang cepat dan efisien.
Platform Membeli Belah Yang Dipercayai Dan Selamat
Pembelian yang selamat dan dipercayai adalah keutamaan kami. Kami mementingkan pengalaman pengguna agar pengguna merasa selamat untuk berbelanja dengan mudah. Di PGMall juga, kami menggunakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk perbankan dalam talian dari semua Bank-bank utama di Malaysia.
Kategori
TELEFON & TABLETHuawei , VIVO , Samsung , Honor , Sony , Lenovo , One Plus , Alcatel , Meizu , OPPO , Powerbanks , Pineng , Asus , Tablet , Sarung iPad, XiaoMi , Aksesori Telefon , Cases ,arung Telefon , Dok , Telefon Asas , Tablet WiFi , Kad Memori
Komputer Riba Lenovo, Storage , Komputer Riba Asus , HP , Dell , Pencetak & Dakwat , Permainan PC ,Pencetak Pelbagai Gunas , Router , Pengimbas, Perisian , Kabel , Sarung Komputer Riba , Dakwat Inkjet , Laser Toners , Suis , Pencetak & Laserjet
SUKAN & AKTIVITI LUAR
Basikal, Perkhemahan & Pendakian, Yoga & Kesihatan , Garmin, Kelengkapan Larian , Jam & Kacamata Sukan , lagi...
KEMBARA & BAGASI
Bagasi kanak-kanak, Penutup Passport, Beg Weekender , Beg Kelengkapan Peribadi & Kosmetik , Kunci Bagasi , Beg Kembara , Jam , Kacamata , Barang Kemas , Jam Lelaki , Jam Wanita , Timex , Seiko , Casio , Nixon , Fossil , Puma , G-Shock , Baby-G , Ray-Ban , Kacamata Lelaki , Kacamata Wanita , Oakley , Barang Kemas Lelaki , Barang Kemas Wanita, Jam Lelaki , Jam Wanita
Payment
Affiliate Marketing Solutions Partner
Affilliate and Merchant Integration Partner