Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

TAFSIR AL QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (HARDCOVER) : SURAH AL-FATIHAH
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 19, 2024 - Apr 26, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

2 Unit lagi
Jumlah
RM 30
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
less than a minute ago
Produk 5034
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: Pertubuhan Alim Rabbani
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 16.10 x 1.10 x 23.50
Weight(kg)
: 0.31
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.


Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an. 


Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran. 

 

TRANSKRIP KULIAH

Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan.

 

GAYA BAHASA

Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru.

 

MAKSUD PERKATAAN

Dikekalkan perkataan dialek Kelantan dan diberikan maksud untuk memudahkan kefahaman semua.


SENARAI MISALAN, KIASAN DAN ANALOGI

Tafsir Tok Guru ini mengandungi pelbagai misalan, kiasan dan analogi yang disampaikan sendiri oleh Tok Guru dalam kuliahnya untuk memudahkan kefahaman para pendengar. Antara analogi yang menarik adalah perihal cawan yang dipenuhi pasir bagi menggambarkan keadaan fikiran sebelum membaca al-Quran. Selain itu, penggunaan objek seharian juga dimasukkan sebagai kiasan dan gambaran. Contohnya, isi ceramah yang tidak disesuaikan digambarkan dengan perbuatan mahu membuka nat sembilan, tetapi menggunakan spanar dua belas. Senarai misalan, kiasan dan analogi ini disertakan dengan rujukan para pembaca.



NAMA SURAH AL-FATIHAH

Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.



AIR SEMBAHYANG SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

Kaedah kita hendak baca Al-Quran, pertama sekali sepatutnya kita kena ada air sembahyang. Air sembahyang ini kita kena ambil, untuk membersihkan diri kita daripada syaitan, daripada karut-marut. Macam mana cara hendak hambat (halau) syaitan jangan duduk di dalam hati kita ini? Allah Ta’ala beritahu kepada kita, syaitan ini salah satu daripada cara hendak hambat (halau) dia adalah kena ada air sembahyang. Dengan sebab itu sebelum daripada kita baca Al-Quran, kita kena ada air sembahyang.

 


Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.