Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

Sorganic Black Organic Soy Powder

RM 44.90 / Per Item

Color


Quantity

99 Items Left

Total :
RM 44.90

Store Overview

Sold by SORGANIC

9

Products

23 Months Ago

Joined

Product Specification


Category
: Groceries & Pets  >  Beverage  >  Organic & Wholesome Drinks
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: SB000001
Dimension (Lenght x Width x Height)
: 9.00 x 12.00 x 10.00
Weight(KG)
: 0.55

Product Description


Menurut perunding pemakanan, Indra Balaratnam, dari zaman dulu lagi, pengamal perubatan tradisional Cina sering menekankan kepentingan menjalani kehidupan yang seimbang untuk mendapatkan kecantikan berkekalan. Mereka menggunakan diet harian seseorang bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Salah satu makanan yang disyorkan ialah kacang soya hitam. Kacang soya hitam ini dijadikan hidangan harian yang lazat atau diminum dalam bentuk susu soya hitam. Pengamal perubatan tradisional Cina menggunakan pelbagai jenis kacang soya sama ada dimasak atau mentah.

Mereka percaya bahawa serbuk kacang soya hitam mampu membantu aliran tenaga qi di dalam badan manakala serbuk kacang soya kuning digunakan mampu menyegarkan badan. Ini adalah sebahagian daripada cara mengekalkan keseimbangan badan dan memiliki kesihatan yang baik, tambah beliau.

Menurut beliau, pengamal perubatan tradisional Cina mempercayai, selain membantu aliran tenaga qi di dalam badan, serbuk kacang soya hitam juga mampu menguatkan buah pinggang, limpa, membantu pengaliran darah, menyingkirkan toksik dan mengurangkan pengumpulan bendalir dalam badan, pembengkakan, kembung perut dan membantu memulihkan penyakit kulit tertentu. Apabila organ ini cukup kuat dan berfungsi secara optimum, pengaliran darah dalam badan juga akan menjadi lebih baik. Oleh kerana itu, kacang soya hitam digunakan secara tradisional dalam memiliki kulit yang bersih dan mulus. Pengaliran darah yang baik juga mampu menghindari keguguran rambut dan masalah uban.

Kini, saintis makanan juga bersetuju dengan kehadiran nutrien penting di dalam serbuk kacang soya hitam yang memberi kebaikan kesihatan secara menyeluruh. Bahkan ia juga mengandungi bahan antioksida. Antioksida boleh didapati dalam kebanyakan sumber tumbuhtumbuhan seperti legum, bijian, buahbuahan, sayur-sayuran dan kacang soya hitam.

Kulit kacang soya hitam kaya polifenol, juga sejenis antioksida. Kajian menunjukkan antioksida bersamasama dengan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat mampu menghalang kerosakan sel kulit dan sekali gus memperlahankan proses penuaan kulit.

Serbuk kacang soya hitam juga kaya vitamin E yang membantu pembentukan kolagen kulit sekali gus membaik pulih keanjalan kulit. Akibat peningkatan usia, kolagen dan keanjalan kulit akan berkurang dan menyebabkan kedutan pada kulit. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kulit dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit.

Peroleh kebaikan kacang soya hitam

Terdapat pelbagai cara untuk menikmati kebaikan serbuk kacang soya. Serbuk Kacang soya digunakan sebagai bahan utama masakan dan boleh didapati dari susu kacang soya, susu kacang soya hitam, tempe, tauhu, tau foo fah dan sos atau kicap kacang soya hitam yang melalui proses penapaian. Ada juga makanan ringan yang dihasilkan dari kacang soya hitam yang dipanggang.

Serbuk kacang soya juga boleh digunakan sebagai produk kecantikan luaran seperti lulur badan. Serbuk kacang soya hitam yang dikisar boleh digosokkan pada kulit yang basah bagi menyingkirkan sel mati supaya kulit jadi lebih halus.

Serbuk kacang soya hitam ini juga boleh dicampurkan dengan buah avokado lenyek dan madu untuk dijadikan masker muka dan kulit kepala. Sifat semula jadi kacang soya hitam yang kaya dengan asid lemak diperlukan tubuh mampu melembapkan kulit. 


  • Browsing History
  • 0 Your Cart
  • Wishlist
  • Notifications
  • Login / Signup
  • What's In The Box
  • Share
  • Back To Top