Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Pakej Mawaddah - Kempen Maulidurrasul 2021 (5 + 2 Buku Percuma) #GI
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 25, 2024 - May 02, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
1 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Religious Book
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: PMWDHGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 25.00 x 16.00 x 8.00
Weight(kg)
: 4
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Pakej Mawaddah - Kempen Maulidurrasul 2021


Bersempana menyambut Maulidurrasul 2021


1. Seindah Akhlak Nabi SAW

2. Telah Terbit Bulan Purnama

3. Mukjizat Rasulullah SAW

4. Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka

5. Perjalanan Agung

6. Komik Asuh: Amalan Nabi SAW (FREE)

7. Komik Asuh: Bersugi (FREE)




Judul: Perjalanan Agung
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
ISBN: 978-983-097-740-9
Kod: GB0500
Tebal: 280 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

Sinopsis:
Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.




KANDUNGAN
  • Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
  • Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
  • Nabi yang Terakhir
  • Nasab Rasulullah SAW
  • Perjalanan Pertama ke Syam
  • Hikmah Menggembala Kambing
  • Pembinaan Kaabah
  • Perkahwinan dengan Khadijah
  • Nabi Beruzlah di Gua Hira’
  • Turunnya Wahyu
  • Strategi Dakwah Rasulullah
  • Dakwah Keluarga Terdekat
  • Tabah Menghadapi Ujian
  •  Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
  •  Rintangan Dakwah Rasulullah
  • Pemulauan Ekonomi
  • Hijrah ke Habsyah
  • Hukum Berhijrah
  • Kisah An-Najasyi
  • 30 Utusan dari Habsyah
  • Peristiwa Israk dan Mikraj
  • 5 Iktibar Israk dan Mikraj:




Tentang Penulis:
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dilahirkan pada 12 April 1974 di Jawa Timur, Indonesia. Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami ramai ulama dan terdapat beberapa buah pondok pesantren di situ. Pada usia 21 tahun, beliau pergi ke Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian dan berguru dengan ramai ulama, antaranya: Al-Habib Umar bin Hafidz, Al-Habib Salim asy-Syatiri, Syeikh Umar Husain al-Khatib dan Al-Habib Ali Abdul Rahman al-Jufri.
Selesai pengajian di Hadhramaut, beliau pergi ke Mesir. Di Universiti al-Azhar, beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya: Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum‘ah dan Dr. Muhammad Jibril. Seiring dengan belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah menerima ijazah dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law', beliau meneruskan kembara ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.


Berkhidmat sebagai pengajar di Darul Murtadza dan aktif menyampaikan pengajian di surau dan masjid serta rancangan-rancangan ilmu di televisyen. Beliau menerima Anugerah Tokoh Ilmuan 2018 semasa Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Judul: Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
ISBN: 978-983-097-835-2
KOD: GB 0577
Tebal: 148 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.2 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM 18.00/ 20.00*

SINOPSIS

Kisah-kisah hidup para ulama dan orang soleh sangat perlu untuk diperdengarkan dan disebarkan kepada seluruh umat lebih-lebih lagi di akhir zaman ini manusia sudah ramai yang kehilangan adab, akhlak mulia, ketenangan dan rasa hormat.

Buku ini memuatkan 95 kisah ulama dan ilmuan Islam yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan serta mengajarkannya kepada masyarakat di samping adab dan akhlak yang mereka tampilkan.

Membaca kisah-kisah mereka mampu menghidupkan hati, memberi keinsafan juga menambahkan semangat untuk mencontohi mereka.


Antara kisah yang dihimpunkan dalam buku ini:
1.      Imam Abu hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya.
2.      Imam asy-Syirazi ulang kaji setiap mata pelajaran 100 kali.
3.      Kesungguhan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari mempertahankan Ahlus Sunnnah melalui tulisan.
4.      Imam Muhammad bin Suhnun mewariskan 100 juzuk kitab besar dalam pelbagai ilmu.
5.      Syeikh Daud al-Fathani pengarang ulung Asia Tenggara.
6.      Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari.

7.      Imam Ahmad bangun kerana memuliakan nama ulama.




Mukjizat Rasulullah 
ISBN: 978-983-097-935-9
Susunan: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kod: GB653
Tebal: 310 ms
Dimensi: 13.97cm X 21.59cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM35.00/ RM37

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi, Nabi Muhammad  memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta‘ala. Buku ini hadir bagi menyajikan sebahagian daripada kisah-kisah mukjizat tersebut.

Menariknya, penulis menyusun kisah-kisah hebat tersebut dalam lima tema utama. Ini merupakan satu kelainan yang dikemukakan oleh penulis. Supaya masyarakat dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Rasulullah berdasarkan tema yang dipaparkan.

Kelima-lima tema itu antaranya ialah mukjizat berkaitan dengan alam, mukjizat berkaitan dengan binatang, mukjizat berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, mukjizat berkaitan dengan makanan, dan mukjizat berkaitan dengan perubatan.



Antara kisah-kisah menakjubkan Rasulullah  yang disusun di dalam karya tulis ini ialah:

- Gunung Uhud bergoncang saat Rasulullah  mendakinya

- Batu-batan memberi salam kepada Rasulullah 

- Kayu bakar berubah menjadi pedang

- Serigala bercakap dan bersaksi atas kerasulan Baginda 

- Kambing jantan bersujud kepada Rasulullah 

- Pohon berbicara dengan Rasulullah 

- Bulan terbelah menjadi dua

- Betis yang patah, sembuh berkat usapan Rasulullah 

- Berkat doa Rasulullah , Abu Hurairah tak pernah lupa walau sepotong hadis.






SEINDAH AKHLAK NABI SAW
Percetakan : Kulit Keras

ISBN: 978-983-097-934-2
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kod: GB651
Saiz: 16.5 cm X 23.5 cm  X 4.72 cm
Tebal: 944 ms
Teks Dalam: 2 warna
Berat: 2kg
Harga: Rm 98.00/ 100.00*

DETAIL:

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. 

Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.


Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:

•           Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.

•           Rahmat kepada umat.

•           Memaafkan kesalahan orang lain.

•           Membantu urusan keluarga.

•           Suka berbincang dan bermesyuarat.

•           Suka bersedekah dan menolong orang lain.

•           Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.

•           Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.

•           Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).

•           Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.





Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.