Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

PERANG ARMAGEDON : PERTEMPURAN BESAR AKHIR ZAMAN BY WEB SUTERA
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 250.00

Penghantaran Dari
Terengganu
Anggaran Penghantaran
Apr 18, 2024 - Apr 25, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

10 Unit lagi
Jumlah
RM 22
Gambaran Kedai
Ara Emp Books
2 minutes ago
Produk 5034
Pengikut 77
Penilaian 5
Sertai 6 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Fiction book
Brand
: Galeri Ilmu
Model
: Not Specified
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 14.00 x 3.00 x 21.00
Weight(kg)
: 0.5
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Terengganu

Deskripsi Produk

MUKA SURAT : 480


Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.

Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.

Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.

Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)

Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.

Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.

Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah: “Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)

Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.

Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.

Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.



SINOPSIS


Fateh Sa'adi dan makhluk hijau yang masih hidup itu menatap mata masing-masing, menunggu gerakan musuh.


Sementara itu, dua tentera cyborg menjauh sedikit tetapi masih kekal bersiaga.


"Siapa kau sebenarnya?" Fateh Sa'adi bertanya.


"Sudah gaharu cendana pula. Manusia mudah lupa!" Makhluk itu bernada keras. Fateh Sa'adi teringatkan sesuatu. Namun ... .


Hassan Sijic melompat dan menerjah. Pedang dihayunnya sepenuh tenaga ke wajah makhluk hijau itu. Akan tetapi, sebelum mata pedang dapat mendarat ke sasaran, sang hijau itu cepat mengayunkan cakarnya dan memukul pemuda Bosnia itu. Tentera cyborg itu terhumban ke dinding kaca ... .


Kemudian, makhluk hijau itu menembak bebola api ke arah Fateh Sa'adi. Namun, dapat dielak dengan menerjah ke dinding dan melonjakkan tubuhnya ke atas. Semasa di udara, Fateh Sa'adi terdengar sesuatu benda jatuh di belakangnya.


Gedegang!! Prak, prak!! beberapa ketika kemudian, satu dinding besar roboh. Lalu, terbukalah piramid itu sehingga cahaya siang memancar masuk ke dalamnya. "Apa yang terjadi?"



❗❗MAKLUMAN❗❗

Keadaan buku masih baik cuma ada bintik-bintik kuning di bahagian tepi buku kerana buku ini stok lama. 


Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.