Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Kombo Kewangan Terlaris - | Mohd Zulkifli Shafie & Zaidi Ismail #GI
5.0
7 Penilaian
20 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00
Penghantaran percuma West Malaysia untuk pesanan melebihi RM 188.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 25, 2024 - May 02, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

7 Unit lagi
Jumlah
RM 75
Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
9 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: KKTERLARISGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 15.00 x 3.50
Weight(kg)
: 0.9
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk
Lengkap dan padat dengan fakta, panduan urus kewangan berserta kajian kes.

1. Claim store voucher at https://pgmall.my/s/VDD1/4467
2. Insert store voucher code at checkout : PB88CNY
3. Enjoy additional 8% off, with min. spend of RM 88.00
4. Discount is capped at RM 8.00
5. Valid till 31 Jan 2023, or until voucher fully redeemed.



Enjoy & thank you for your support!

Memfokuskan tentang pengurusan kewangan yang praktikal dalam suasana ekonomi ketika ini. 




Buku Wang Emas RM25 (harga asal)


Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi. Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.



MISI BEBAS HUTANG RM20 (harga asal)


Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya).


Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.



FORENSIK KEWANGAN RM30 (harga asal)



 
 
Nak berjaya selesaikan semua hutang dengan pantas & tambah positive cashflow?

Buku ini akan bantu anda strukturkan semula kewangan tidak kira apa pun situasinya.

Jangan risau.

Saya akan bantu anda.

Saya Zaidi Ismail, Jurutera Forensik Kewangan yang sudah lebih 15 tahun membantu ribuan rakyat Malaysia dan juga yang berada di luar negara menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Semua ini saya rangkumkan dalam buku "Forensik Kewangan: Cara Bagaimana Melangsaikan Hutang & Menambah Harta dengan Pantas".

Anda mungkin tidak mengenali saya kerana saya amat jarang keluar di media massa. Namun, tulisan dan perkongsian saya pernah dipetik oleh pihak media.
 
 
Forensik Kewangan adalah penulisan yang berpandukan pengalaman lebih 15 tahun. Terdapat pelbagai cara dan kaedah daripada asas pengurusan kewangan hinggalah kepada pelbagai contoh kajian kes kewangan yang saya kongsikan di dalam buku ini.

Membantu lebih 35,000 pembaca sejak 2019.
 
 
 

SINOPSIS

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram. 

Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.

Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban. 

Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya. 

Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.

 

 

Biodata Zaidi Ismail



Suatu ketika dahulu Zaidi Ismail dibesarkan di perkampungan setinggan di Petaling Jaya. Beliau kini berumur 43 tahun, merupakan seorang usahawan, pelabur dan juga pengasas kepada UrusInsan.

UrusInsan adalah sebuah komuniti dalam talian yang celik kewangan dan fokus kepada pendidikan kewangan. UrusInsan mempunyai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia.

Beliau bersara dari pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun. Beliau kini aktif di dalam perniagaan berkaitan hartanah (menguruskan lebih dari 64 buah hartanah dengan lebih 370 penyewa), media baru dan pendidikan kewangan.

Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau di dalam bidang perniagaan, pemasaran, pelaburan dan kewangan melalui siri “sesi sembang kewangan” dan “sesi coaching 1 on 1 dan analisa kewangan” beliau.


Penilaian produk
5.0 / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.