Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Kombo Enam Angka | Azraei Muhamad #BC
5.0
1 Penilaian
3 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 26, 2024 - May 03, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
2 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: K6ABC
Dimension (Length x Width x Height)
: 20.00 x 13.00 x 3.00
Weight(kg)
: 0.5
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Tip: Gunakan kod voucher GE15LAGI untuk diskaun RM15 & FREE Shipping! *


*sementara stok masih ada dan tertakluk terma dan syarat 


Kombo ini terdapat dua buah buku:

1. Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima

2. Enam Angka Menjelang Disember


Tajuk: Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima
ISBN: 9789670774282
Penerbit: Write & Brave Sdn Bhd
Penulis: Azraei Muhamad
Tahun Terbitan: 2018
Muka Surat: 212
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg): 0.22 kg 
Dimensi (cm): 20.5 cm x 13 cm x 1.6 cm

 

---

 

Untuk budak-budak baru masuk universiti dan teruja dapat duit PTPTN.
 
Untuk budak yang baru masuk kerja dan mengidamkan kereta Nissan Skyline walaupun gaji masih layak terima BR1M.
 
Untuk yang tengah garu kepala nak cari duit buat kahwin.
 
Untuk yang merungut rumah harga mahal nokhorom dan marah kerajaan tak buat apa-apa.
 
Dan untuk pada (bakal) ibu bapa yang tak puas hati kenapa ibu bapanya tidak buat simpanan juta-juta masa dia kecil dahulu.

Kau nak terus merungut? Atau kau nak mula ambil tindakan dan ubah masa depan?
 
Your future, starts with you today.

What you eat today, decides your weight tomorrow“.


Tajuk: Enam Angka Menjelang Disember
ISBN: 9789671597279
Penerbit: Write & Brave Sdn Bhd
Penulis: Azraei Muhamad
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 239
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg): 0.25 kg 
Dimensi (cm): 20.5 cm x 13 cm x 1.8 cm

 

---

 

Ada apa dengan enam angka menjelang dua puluh lima?

Ia bukan tentang destinasi, tetapi tentang perjalanan yang membuka mata.

Untuk enam angka yang seterusnya, berapa tahun pula akan diambil?

5 tahun?

10 tahun?

Selepas berkayuh mengejar horizon dan impian, Azraei Muhamad kini dalam misi baharu untuk mencapai enam angka pendapatan pula.

Travelog kewangan diteruskan lagi dalam #SekuelEnamAngka ini. Selamat membaca!

"Orang yang rajin, tidak akan miskin."
 
 

Mengenai buku:

 

Ulasan oleh YB Mohd Shahar AbdullahTimbalan, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.

“Buku-buku terkenal seperti Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki dan Jutawan Dari Planet Jupiter karya Azizi Ali adalah antara buku-buku kewangan yang bagus untuk permulaan. Lalu apabila Azraei Muhamad, anak muda kelahiran Pahang ini menghasilkan buku beliau Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, saya mula tertarik dengan usaha ini. Perkongsian perjalanan kewangan beliau sejak dari sekolah membantu generasi sebaya beliau untuk turut sama mengamalkan budaya hidup berhemat untuk pengurusan kewangan yang lebih sihat.

Azraei Muhamad menekankan tentang kepentingan peranan kedua ibu bapanya yang telah menerapkan minat menyimpan duit sejak dari kecil sebagai satu faktor utama dalam pembentukan diri beliau. Cakna kewangan sejak usia 7-8 tahun menjadikan beliau seorang yang lebih celik wang apabila meningkat dewasa. Ini terbukti apabila beliau mampu menepis dugaan dan godaan ‘shiny things in a shiny world’ ketika usia remaja yang menjerumus masyarakat ke arah budaya berbelanja yang tidak sihat —boros dan tidak menyimpan wang untuk masa depan. Budaya hedonisme ini yang akhirnya menjadikan kita terperangkap dalam masalah kewangan yang membelenggu hidup.

Menyambung perjalanan kewangan beliau, Enam Angka Menjelang Disember pula saya kira amatlah bagus untuk anak muda yang mula melangkah fasa seterusnya dalam hidup bersedia dengan cabaran yang menanti. Alam pekerjaan dan realiti kehidupan yang lebih luas akan memerlukan lebih banyak komitmen wang. Kisah beliau yang hampir kecundang dengan kesilapan kewangan (financial mistakes) boleh menjadi satu pengajaran yang bagus untuk kita semua untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman.”



Penilaian produk
5.0 / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.