Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
This seller is currently on vacation.
Kpop BTS Kombo Buku Laris Edisi Bahasa
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 130.00

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 25, 2024 - May 02, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Mohbely Booku
On Vacation
Produk 101
Pengikut 15
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: PTS
Model
: Kpop Idol
SKU
:
Dimension (Length x Width x Height)
: 28.00 x 30.00 x 6.00
Weight(kg)
: 1.1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

PRODUCT PACKAGES: 


1. BTS TODAY WE FIGHT. BTS dan ARMY ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan. ARMY umpama sayap yang membawa BTS ke puncak kejayaan. BTS membalas sokongan ARMY dengan menyediakan pelbagai konten dan acara yang mengeratkan hubungan antara mereka. Sinergi antara keduanya menjadi inspirasi untuk menghasilkan pelbagai karya kreatif, mencetuskan keberanian bersuara, melibatkan diri dalam pergerakan sosial seperti projek kebajikan dan kesedaran serta membangkitkan minat untuk menelaah bahan bacaan berat yang menjadi inspirasi di sebalik karya yang membawa mesej tentang menyayangi diri sendiri.


Buku ini mengisahkan kejayaan BTS di peringkat global melalui kolaborasi yang efektif, ekspresi kreatif dalam karya yang membawa suara anak muda serta sokongan daripada pasukan yang mantap dan berbakat besar di belakang mereka. Kita juga akan menjenguk sisi peribadi dan perkembangan terkini, terutama barisan rap dan projek solo mereka, Big Why yang mendorong BTS di sepanjang karier serta peranan tujuh pemuda luar biasa ini sebagai ‘senjata’ Korea Selatan menakluk dunia.


2. BTS and Me adalah cara paling seronok untuk merekodkan semua yang anda suka tentang kumpulan lelaki popular dari Korea Selatan, Bangtan Sonyeondan.


Buku ini dipenuhi pelbagai aktiviti. Anda boleh mengisi tempat kosong, menjawab kuiz untuk mengetahui siapakah sahabat sejati anda dan memegang peranan sebagai perancang senarai lagu dan persalinan untuk persembahan konsert yang sempurna. Tuliskan surat kepada setiap ahli BTS atau pilih video muzik kegemaran. Setiap halaman diilustrasikan oleh peminat sebenar, menjadikan buku ini sebuah koleksi peribadi yang merakamkan kenangan anda bersama-sama tujuh jejaka kebanggaan Korea Selatan.


3. BTS: Icon of K-Pop melakarkan perjalanan tujuh anak muda dari Korea Selatan, dari saat debut hingga menjadi fenomena sensasi yang menggegarkan dunia dan media sosial. Buku ini membongkar asal usul setiap ahli, keunikan muzik yang mereka persembahkan serta faktor yang membezakan mereka daripada yang lain, yang menyaksikan mereka mencapai kegemilangan di peringkat global.


Pernahkah anda melihat kumpulan muzik seperti BTS sebelum ini?


Gerak tari yang mengagumkan, penyanyi rap dan vokalis dalam satu kumpulan? Sekumpulan anak muda yang tinggal dan berlatih bersama selama bertahun-tahun sebelum membuat persembahan pertama mereka di khalayak ramai? Muncul dalam rancangan muzik aliran utama dunia atau melakukan pelbagai cabaran aneh dan pelik di kaca televisyen? Jika anda mengikuti dunia muzik K-Pop dalam tempoh sepuluh tahun ini, anda mungkin sedar, tiada kumpulan muzik lain yang setanding BTS. Bahkan, BTS sahaja yang sudah melakukan kesemua perkara di atas.


Kisah BTS sentiasa berkait rapat dengan budaya dan tradisi dunia muzik K-Pop. Kini, mereka adalah fenomena antarabangsa. Dahulu, mereka adalah kumpulan anak muda yang berseronok menghasilkan muzik; merakamkan lagu pertama dan membuat persembahan dalam rancangan televisyen di Korea. Semua itu dilihat sebagai kejayaan paling tinggi yang dapat dicapai.


Perjalanan penuh berliku sebagai artis K-Pop mengajar mereka menjadi lebih matang dan memahami pelbagai kesusahan dan cabaran kehidupan sebagai idola. Mereka bekerja keras tanpa henti sehingga berjaya meredah segala kemungkinan dan melangkau sempadan dunia K-Pop. Inilah salah satu perkara yang mengagumkan tentang kumpulan ini.


Penampilan BTS dalam rancangan Knowing Bros dan Weekly Idol memberikan pendedahan awal kepada para penonton sehinggakan mereka semakin popular di Korea. Kemudian, BTS mempunyai rancangan aneka ragam mereka sendiri iaitu Rookie King, Run BTS! dan BTS Gayo. Bahkan, ada juga rancangan sukan yang disiarkan dalam slot tetap di kaca TV iaitu rancangan Idol Games. Rancangan ini adalah acara mini Olimpik yang melibatkan ramai artis K-Pop yang saling bersaing antara satu sama lain dalam pelbagai acara sukan. BTS sering kali menjadi juara dalam acara larian berganti- ganti 4×400 meter.


Kebiasaannya, hampir setiap kumpulan K-Pop, ketua kumpulannya adalah ahli yang paling tua. Namun, berbeza dengan RM dalam BTS. Dia menjadi ketua kumpulan BTS walaupun dia bukan ahli yang paling tua.


Apabila BTS muncul di khalayak ramai atau majlis anugerah, RM akan berperanan sebagai jurucakap dan penterjemah kumpulan kerana dia fasih berbahasa Inggeris. RM juga berperanan sebagai orang tengah, menerima arahan daripada pihak syarikat dan menyampaikannya kepada ahli yang lain.


BTS juga mempunyai maknae, nama diberikan kepada ahli yang paling muda. Dalam BTS, maknaenya adalah Jungkook. Maknae bermaksud bayi keluarga yang comel dan sentiasa menawan hati sesiapa yang melihatnya. Kebiasaannya maknae adalah ahli yang sangat berbakat, cantik/kacak dan menjadi kebanggaan setiap kumpulan.

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.