Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

Habis
Kombo 3-in-1 UAH [Bestseller Buluisme] - FREE SHIPPING | Ustazah Asma Harun #GI
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 19, 2024 - Apr 26, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
8 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: KUAHGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 21.00 x 15.00 x 3.00
Weight(kg)
: 1
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

3 Judul Terbaik Karya Ustazah Asma Harun Dalam Satu Harga! 


1. Sahabat Dunia Akhirat 

Sahabat Dunia Akhirat
Penulis: Ustazah Asma’ Harun 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-889-5
Kod: GB 0610
Tebal: 184 m/s
Isi Dalam: 4C
Berat: 0.31 Kg
Harga: RM 25.00/ 27.00
 
Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.
 
Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.
 
 
Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.
 
 
Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.




2. Tazkirah Time

(2) TAZKIRAH TIME

ISBN: 955-574-970-039-7
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0641
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 208 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.5 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM30.00/RM32.00*


SINOPSIS

Buku Tazkirah Time ini merupakan sebuah modul yang boleh digunakan sebagai panduan oleh seisi keluarga dalam sesi perkongsian ilmu yang diadakan di rumah.

Kandungannya yang merangkumi slot tadabbur Al-Quran, hadis, akhlak Nabi SAW, tajwid, Asma al-Husna dan pengenalan kepada tokoh-tokoh sarjana Islam, diharap dapat memberi manfaat buat seisi keluarga dalam membentuk peribadi ahli keluarga yang mencintai ilmu dan ingin bersama-sama menuju ke syurga.




3. 5 Surah Pilihan dan Al-Ma'thurat

5 Surah Pilihan & Al-Ma’thurat

Berserta Terjemahan Surah Per Baris & Dalil Fadhilat Zikir
Susunan: Ustazah Asma’ Harun
ISBN: 955-5-749700-51-9
Kod: GB650
Tebal: 136 ms
Dimensi: 
21.0cm X 14.8cm X 0.9cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM28.00/RM30.00 (Sabah/Sarawak)

 SINOPSIS

Selain memuatkan al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini juga mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian. Lima surah tersebut ialah al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqi’ah, dan al-Mulk. Kelima-lima surah tersebut dilengkapi dengan terjemahannya dalam format per baris bagi memudahkan para pembaca untuk menghayati, memahami, dan mentadabbur setiap ayat yang dibaca.

Selain itu, buku istimewa ini juga telah disusun oleh Ustazah Asma’ Harun dengan disertakan kelebihan-kelebihan amalan membaca surah-surah tersebut. Natijahnya, apabila ia diamalkan, mudah-mudahan ia boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keimanan, penyuntik motivasi dan inspirasi, serta menjadi benteng pelindung diri bagi para pembacanya. Dengan adanya hadis tentang fadhilat sesuatu surah tersebut, pembaca mempunyai dalil dan alasan yang kukuh apabila hendak mengamalkannya.

            Manakala al-Ma’thurat merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa yang terpilih susunan Imam Hassan al-Banna. Ia bersumberkan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW. Berbeza dengan buku al-Ma’thurat yang lazimnya, dalam buku ini setiap ayat, zikir, dan doa yang terkandung di dalamnya disertakan dengan rujukan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Dengan itu pembaca dapat mengetahui sumber rujukan amalan, sehingga akhirnya memantapkan lagi hati pembaca untuk menjadikannya sebagai amalan harian.






Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.