Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

This seller is currently on vacation.
KOMBO: Buku Jiwa
No Rating Yet
0 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

   Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma East Malaysia untuk pesanan melebihi RM 200.00

Penghantaran Dari
Perak
Anggaran Penghantaran
Apr 19, 2024 - Apr 26, 2024

Warna

Sila pilih variasi produk terlebih dahulu

Kuantiti

5 Unit lagi
Jumlah
RM 124
Gambaran Kedai
Nora 4U Shop
On Vacation
Produk 540
Pengikut 29
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Careers, Self Help & Personal Development
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: kombo-buku-jiwa
Dimension (Length x Width x Height)
: 20.00 x 15.00 x 7.00
Weight(kg)
: 0.92
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Perak

Deskripsi Produk

KOMBO: Buku Jiwa

Tajuk : KOMBO: Buku Jiwa

ISBN : kombo-buku-jiwa

Format : Softcover

Berat : 0.923 kg

 

KOMBO: Jiwa merangkumi lima buah buku iaitu:

1. Perempuan dari Masa Lalu

2. Poskad-poskad Penghujung Semester

3. Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang

4. Kunang Pesisir Morten

5. Penulis Yang Disayangi Tuhan

 

JIWA – Semuanya tentang kita.

 

Selamat datang ke JIWA. 

 

Sebelum itu, izinkan saya mencuri masa anda sekejap ya.

 

Saya mahu bercerita tentang JIWA.

 

“JIWA itu apa?” Ya, mesti terlintas soalan ini di kepala anda bukan?

 

Jawabnya mudah, JIWA ialah tentang mencintai diri sendiri.

 

“Maksudnya apa? Tak faham.”

 

Maksudnya, buku-buku JIWA yang bakal diterbitkan semuanya akan berbicara seputar mesej yang sama, iaitu tentang swacinta, tentang “self-love”.

 

Buku-buku JIWA ada gandingan perasaan, fiksi, tetapi semuanya mempunyai tema yang sama, iaitu cintai diri sendiri.

 

“Kenapa JIWA memilih tema ini?”

 

Huh, soalan.

 

Jawabnya, kerana itulah sebab JIWA tertubuh. Setiap 3 daripada 10 orang rakyat negara kita terbeban dengan masalah emosi. Setiap 5 daripada 10 pula pernah terfikir untuk bunuh diri.

 

Ya, seserius itu.

 

Setiap daripada kita mempunyai beban perasaan yang kita tanggung dengan sisa upaya yang ada. Kita masih gagah dan tidak mahu mengalah walaupun kita cuma berjuang seorang diri.

 

Buku-buku JIWA tidak mahu kita kalah apalagi mengalah. Buku-buku JIWA tidak mahu kita sendiri.

 

Jadi, saat ditanya, “JIWA itu apa?”

 

Jawabnya, “Cuma buku-buku tentang cara mencintai diri sendiri.”

 

“Itu sahaja?”

 

Ya, itu sahaja.

 

Baiklah, sekarang barulah masanya untuk anda membeli buku-buku JIWA. Jemput terus ke bawah dan buat tempahan ya. 

 

Selamat menikmati buku-buku terbaik JIWA dan selamat berswacinta.

 

– Hafizul Faiz,

Pengarah Jiwa

 

- Perempuan dari Masa Lalu

Meninggalkan rumahmu,

setelah tak berjawab salamku di muka pintu.

Tapi rinduku masih di situ,

mengetuk bertalu-talu.

Perempuan dari Masa Lalu membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan.

Ia mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu — tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan menyiram rindu.

Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam golak perasaan.

Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari ini dan esok, sepenuh-penuhnya.


- Poskad-poskad Penghujung Semester

Hidup ini ibarat mendayung perahu bagi meredah samudera, perlu bersedia meredah lambung ombak, kecil dan besar, yang melanda tanpa mengira masa. Ia juga umpama berada di dalam taman bunga yang penuh dengan kuntuman indah lagi memikat mata.

Meski apa pun yang menimpa, hidup masih perlu diteruskan. Lalu, salah satu cara untuk memaknai usia adalah dengan menulis dan mengirim kata-kata kepada mereka yang turut sama muncul di dalamnya.

Poskad-poskad Penghujung Semester adalah satu himpunan puisi, narasi-narasi reflektif tentang kehidupan dan ketentuan, tentang memiliki dan melepaskan. Ia juga bukan hanya cerita tentang seorang siswa bergelar graduan, tetapi  cerita tentang seorang remaja yang tidak mahu segera dewasa, atau lebih tepat lagi, tidak mahu segera melepaskan.

 

- Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang

Orang ingat, mereka boleh miliki cinta.

Mereka salah.

Cinta bukan untuk dimiliki

tetapi untuk diperjuangkan.

Tak semua perjalanan yang boleh kita rakam. Ada

perjalanan yang perlu kita nikmati saja, dan 

selebihnya kita simpan. Sebahagian besar biasanya

di dalam hati. Kerana hati ialah objek yang boleh

dibuang dilambung disepak terajang dihiris ditoreh 

dan disiat-siat. Tetapi ia kekal hidup.

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam

yang Panjang menampilkan beberapa catatan hati

paling dalam ZF Zamir dalam perjalanannya-bas 

dan tren, cangkir kopi, kucing di masjid, barang vintaj dan antik-dirakam dengan makna dan rasa

yang baharu. Anda pasti akan tenggelam di dalam emosi yang paling dalam.

Percayalah, setiap malam yang panjang, pasti akan ada hujan dan angin yang datang memeluk dan

memujuk kita   


- Kunang Pesisir Morten

Kampung Morten, 1984 dan sungai yang menjadi garis pemisah ghaib perseteruan dengan Kampung Hokkein.

Adi, si penjual kuih cilik ditakdirkan bersahabat dengan Dhiya, seorang pemikir visual genius. Kehidupan mereka disulami dengan permainan layang-layang, pertaruhan gila laga ketam dan mengagumi keindahan seni bina Villa Sentosa. Namun, penemuan mayat budak Cina di tebing sungai perkampungan Hokkein secara ajaibnya menyatukan kedua-dua sahabat ini menjadi trio dengan kehadiran Lim.

Mereka bersama-sama mengembara ke segenap ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah memaut jurang tebing antara dua bangsa


- Penulis Yang Disayangi Tuhan

Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi-seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitnya gulung tikar!

Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut  kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda.

Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut.

Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu? 

Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.