Malaysia Leading Online Shopping Marketplace

  • Jual Dengan Kami
  • Ikut Kami Di
  • Notifikasi
    Notifikasi Baharu
  • Help
  • Daftar
  • Log Masuk

Sila Log Masuk untuk melihat produk.

KFC - Kombo Financial C-fu | Wang Emas, Forensik Kewangan, Elak ICU Kewangan, Generasi Jutawan #GI
No Rating Yet
2 Dijual
/ Per Produk

Penghantaran

Penghantaran Dari
Selangor
Anggaran Penghantaran
Apr 24, 2024 - May 01, 2024

*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !

Gambaran Kedai
Pustaka Buluisme
4 hours ago
Produk 203
Pengikut 447
Penilaian 5
Sertai 3 Years Ago
Kadar Pembatalan 0%
Spesifikasi Produk
Category
: Books & Media  >  Malay Books
Brand
: Not Specified
Model
: Not Specified
SKU
: KFCGI
Dimension (Length x Width x Height)
: 22.00 x 15.00 x 5.00
Weight(kg)
: 1.2
Manufacturing Country
: Malaysia
Warranty Type
: No Warranty
Warranty Value
: -
Warranty Description
: -
Hantar Dari
: Selangor

Deskripsi Produk

Ready Stock!


4 buku dalam 1. 


1. Buku Wang Emas - Mohd Zulkifli Shafie




Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi. Buku wang emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

 

JUDUL: Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat

PENULIS: Mohd Zulkifli Shafie

ISBN: 978-983-097-637-2

Kod: GB419

TEBAL: 232 ms

Harga: RM25 / RM 27

Berat: 0.27 kg (270 gram)




2. Buku Forensik Kewangan - Zaidi Ismail 

JUDUL: FORENSIK KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-798-0
KOD : GB0549
PENULIS : Zaidi Ismail
TEBAL : 216 ms
HARGA : RM30.00/ RM32.00
BERAT : 0.35 KG (350 gm)


SINOPSIS
 
Buku forensik kewangan. Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. 
 
Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
 
Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.
 
Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.
 
 
Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.
 
Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya.
 
 
Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.





3. Elak ICU Kewangan - Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Judul: Elak ICU Kewangan
Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
ISBN: 978-983-097-666-2
KOD: GB0440
TEBAL: ms 308
HARGA: RM25.00
BERAT: 0.37 KG (370 gm)


SINOPSIS

Apakah maksud kekayaan yang sebenar? Berapa banyak wang yang kita perlukan untuk bahagia? Kenapa kita sentiasa merasa tidak cukup?

Kebiasaannya, berapa banyak pun wang yang kita miliki, pasti kita masih belum puas dengan apa yang kita ada. Itu yang menyebabkan selalu terjadi, setiap kali gaji kita hanya dapat memegangnya sekejap. Duit gaji akan diagihkan untuk membayar hutang dan pada hujung bulan kita kembali menghitung hari untuk menerima gaji semula. Jangan biarkan rutin ini berterusan!

Buku ini membantu kita menguruskan wang dengan bijak dan merancang kewangan untuk mengelakkan pokai hujung bulan. Sesuai untuk rujukan mereka yang baru memulakan kerjaya dan peringatan bagi golongan yang telah berusia.
 



Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.




4. Generasi Jutawan - Mohammed Farid Sulaiman


Generasi Jutawan
ISBN: 978-983-097-902-1
Penulis: Mohammed Farid Sulaiman
Kod: GB0617
Tebal: 192 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00
Berat: 0.3 KG (300 gm)





SINOPSIS

Buku ini ditulis buat pembaca membuka minda seluasnya untuk berkongsi bahawa semua orang layak menjadi kaya dan layak untuk membina genarasi yang lebih baik dengan pendidikan yang baik dan sempurna dengan adanya WANG.

Buku ini merupakan satu pengalaman yang penulis lalui hampir 17 tahun yang lalu untuk  mempelajari dan melakukan sendiri apa yang beliau yakin bakal memberi impak yang tinggi kepada keluargnya. Hasilnya, sehingga beliau berjaya mengumpul simpanan anak-anak mengikut usia mereka yang berjumlah mencecah RM50,000 dalam tempoh tersebut.

Justeru, perancangan kewangan bukanlah satu perkara yang agak objektif pada setiap orang atau keluarga. Ia merupakan perkara subjektif dan boleh dilakukan oleh semua orang.




Kegagalan untuk merancang dengan sempurna adalah kerana menganggap kewangan ini merupakan satu perkara yang peribadi untuk dibincang atau dibahaskan.

Ingatlah! Simpanan bukan hanya untuk si kaya sahaja. Tetapi ia menjadi tanggungjawab untuk kita semua mendidik anak-anak dan generasi akan datang, betapa pentingnya kita merancang kewangan untuk masa depan.


“Wang bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan wang.” 
Penilaian produk
- / 5.0
Copy Link
  • 0 Troli Membeli-belah
  • Wishlist
  • Pusat Kupon
  • Informasi
  • Chat
  • Log Masuk / Daftar
  • What's In The Box
  • Kongsi
  • Kembali
  • Kembali Ke Atas
  • ©2024 PG Mall Sdn. Bhd. 200801035285 (836625-K). All Rights Reserved.