Penghantaran
*Maaf, produk ini sudah tidak dijual lagi !
*GUNAKAN SALAH SATU CODE VOUCHER DI BAWAH UNTUK LEBIH DISKAUN DAN/ATAU FREE SHIPPING:
- SMO20OFF
- SMO10OFF
- SMONEW50
- FREE7WM
- FREE10EM
- PPOGOS
Tajuk: Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan
ISBN: 9789839670000
Penerbit: Maleq Rezki Enterprise
Penulis: Mohamad Azlan Al Amin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 310
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: SoftCover
Berat (kg): 0.480
Dimensi (cm): 21.6cm x 14.1cm x 1.9cm
Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi. Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik limpahan harta yang barakah.
Allah beri jalan keluar yang tidak disangka & rezeki yang tidak terhitung kepada hamba-Nya yang bertakwa. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Buya Hamka, “Ketika semua pintu di bumi sudah tertutup, yakinlah pintu ke langit sentiasa terbuka!”
Beliau lahir dalam keluarga miskin tegar. Mempunyai 21 adik-beradik seibu seayah. 5 daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil. Mereka pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Kg. Tok Raja, Besut, Terengganu. Kemiskinan menjadikan mereka menghargai apa sahaja nikmat yang ada asalkan halal dan penuh keberkatan.
Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi pengutip sampah. Itu sahaja pilihan pekerjaan yang ada. Air mata ibunya tumpah apabila melihat ulat-ulat sampah keluar menggelitik dari kocek baju & kasut yang dipakai. Selepas itu, beliau menjadi kelindan lori dan diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
Kebun jagung musnah dilanda ribut. Rakan kongsi satu per satu menarik diri. Hubungan keluarga juga berantakan kerana masalah yang datang bertalu-talu. Buntu & tertekan, beliau nekad meninggalkan kampung halaman. Pertemuan dengan Cikgu Halim menjadi detik permulaan beliau menjadi ejen jualan tanah.
Bermodalkan RM50 & kereta buruk yang dipinjam, beliau mengedar risalah promosi lot tanah. Untuk pertama kali dalam hidupnya, beliau berjaya menjual dua lot tanah dan mendapat komisen sebanyak RM4,000. Pendapatan itu mengatasi gaji bulanan sesetengah pekerjaan. Beliau yakin sekiranya berusaha lebih bersungguh-sungguh, tidak mustahil beliau boleh mendapat imbuhan lebih daripada itu. Semangatnya kian membara. Siapa percaya, dalam tempoh enam bulan sahaja, beliau berjaya meraih pendapatan lebih RM500,000.
Hasrat untuk membeli kereta terpaksa dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya. Walaupun hanya berulang-alik dengan motor, Allah balas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih besar. Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah. Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu & ayahnya. Beliau juga membiayai sepenuhnya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja. Benarlah janji Allah. Dengan sedekah yang ikhlas, Allah akan lipat gandakan pahala serta keberkatan rezeki kita.
Bermula sebagai ejen jualan tanah lot, beliau menubuhkan syarikat sendiri & membeli hartanah pertama pada harga hampir RM300 ribu. Namun, kerana kurang pengalaman, hartanah yang dibeli tidak dapat dimajukan & beliau hampir tersungkur. Setelah halangan dapat diatasi, beliau mengorak langkah dengan berhati-hati. Beliau & syarikatnya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan pelbagai projek perumahan & pembinaan yang bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.
Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya. Kisah benar penuh inspirasi. Perjuangan untuk keluar dari belenggu kegagalan. Buku ini adalah pemudahcara & panduan yang praktikal untuk semua yang mengimpikan kejayaan.
Setiap kesulitan, Allah datangkan kemudahan. Tatkala rasa terbeban dengan ujian dunia yang berat, percayalah bahawa rahmat & pertolongan Allah akan datang kepada hamba-Nya yang yakin. Bantuan daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk & tanpa disangka-sangka. Tiada usaha kita yang Allah akan sia-siakan. Tugas kita sebagai manusia untuk berusaha & bertawakkal. Buku ini memanifestasikan perjalanan hidup, jatuh bangun & kisah perjuangan seorang hamba Allah yang dulunya miskin harta, dan kini diberi nikmat dunia menjadi jutawan hartanah.
Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Buku ini sebagai panduan. Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya.
“Membaca kisah jatuh bangun anak miskin yang kini menjadi jutawan hartanah, menyebabkan kita yakin akan janji Allah untuk membela hamba-Nya yang selalu solat, rendah diri, pemurah, sabar dan berbakti kepada kedua orang tua. Ujian demi ujian yang telah dilaluinya dalam Universiti Kehidupan ini sangat menyentuh hati sekali gus menimbulkan inspirasi dan aspirasi yang sangat menguja.” (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Pendakwah dan Penulis)
“Saya mengenali beliau sebagai seorang ahli perniagaan berusia awal 30-an yang berjaya dan merendah diri, tetapi beliau sangat tegas dalam menyuarakan pandangan dan menegur jika perlu. Beliau gemar berterus terang dalam perhubungan dan bersuara tanpa ada apa-apa kepentingan peribadi.” (YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, ADUN Kota Putera, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja)
“Mohamad Azlan melalui syarikat beliau iaitu AZLAN AL AMIN PROPERTIES telah menyalurkan sumbangan beg-beg sekolah kepada hampir 5,000 orang pelajar miskin di keseluruhan 594 buah sekolah di negeri Kelantan. Kami amat-amat berbesar hati dengan sumbangan beliau. Beliau hadir menyumbang tanpa mahukan sebarang keraian atau sambutan VIP, dan kami amat berterima kasih dengan keikhlasan beliau menyumbang.” (Encik Muhammad Zahari Othman, Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan)
“Mohamad Azlan menyumbangkan beg-beg sekolah kepada lebih 5,000 orang pelajar di seluruh sekolah dalam negeri Terengganu. Kami, pihak JPNT menerima baik sumbangan beliau dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Kemiskinan keluarganya sewaktu beliau kecil telah memupuk sikap prihatin dalam diri beliau, lantas beliau memilih untuk hidup berbakti.” (Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu)
“Beliau seorang pemuda yang sopan serta berhemah walaupun kini telah berjaya dalam hidupnya. Semoga akan lahir lebih ramai insan sepertinya yang mampu berbakti kepada agama, negara dan masyarakat. ” (Dato' Razali bin Basri, Mantan Penasihat Perundangan PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara)
“Saya dan rakan-rakan mendapat semangat dan kekuatan untuk cemerlang setelah melihat dan mendengar kisah inspirasi beliau yang kini berjaya walaupun bermula hanya sebagai pengutip sampah. Bacalah buku ini, kerana kisah benar yang luar biasa ini pasti akan memberi kita semua manfaat untuk menjadi orang yang berjaya dan dalam masa yang sama hidup berbakti. Insya Allah.” (Sulaiman Ishak, Guru Sekolah & CEO Azlan Al Amin Properties)
KITA BERMUSUH DENGAN APA YANG KITA TAK TAHU. TAK KENAL, MAKA TAK CINTA.
Beliau lahir pada 23 September 1987 dan mempunyai 21 adik-beradik seayah & seibu. Namun, 5 orang daripadanya meninggal sewaktu kecil. Bidang akademiknya tidak menyerlah & sering menjadi pelajar tercorot dalam kelas paling belakang. Kerana masalah disiplin, beliau pernah dibuang sekolah. Bermula sebagai pengutip sampah & melakukan pelbagai lagi kerja berat, beliau memulakan penanaman jagung. Namun, kegagalan demi kegagalan menimpa diri. Ramadan 2010, segalanya mula berubah apabila beliau menjadi ejen jualan tanah lot. Sehari sebelum menjadi ejen hartanah, beliau hanya ada wang sebanyak RM1.30, sekadar cukup cukup untuk beliau membeli sebotol air dan sekeping roti sebagai juadah berbuka.
Biarpun bergelar jutawan pada usia muda, kehidupan beliau cukup ringkas tidak bersalut kemewahan. Beliau membeli beberapa bidang tanah di kampung kelahirannya di Besut dan mewakafkannya untuk surau & kompleks tahfiz. Masanya diluangkan di pusat tahfiz dengan mempelajari kitab-kitab agama. Sesiapa saja boleh bertemu dan berurusan dengan beliau di situ.
Bijak Urus Rumah Sewa | Bija Rosly , Fida Jaafar #GI
-
RM 25.00
Kombo Zaidi Ismail | Forensik Kewangan & CSI Kewangan #GI
-
RM 58.00
Kombo Kewangan Lestari - | Mohd Zulkifli Shafie & Zaidi Ismail #GI
-
RM 73.00
Misi Bebas Hutang x 10 | Mohd Zulkifli Shafie #GI
-
RM 200.00
Kombo Penulis #G100 Galeri Ilmu | Mohd Zulkifli Shafie, Dr Nareshwaran Gnanasegaran, Marlia Ramli #GI
-
RM 110.00
[Promo 1444H] Misi Fizik | Afiq & Nazry Salam - RM14.44 sahaja! #PB #BukuBaru #Original
-
RM 9.90
PG Mall adalah platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (200801035285 (836625-K)) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
Pelanggan PG Mall mempunyai seleksi produk yang pelbagai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Uniknya PG Mall, jumlah produk kami meningkat setiap hari dengan penambahan bilangan penjual secara atas talian bersama kami.
Kami di PG Mall berbesar hati menyambut masyarakat malah kepada peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai kami dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.
Jimat Setiap Hari Di PGMall
Di PGMall, anda boleh dapatkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pengalaman Membeli Belah Yang WOW
Berbelanja pada bila-bila masa dan dimana sahaja, kami di PGMall akan memastikan penghantaran yang cepat dan efisien.
Platform Membeli Belah Yang Dipercayai Dan Selamat
Pembelian yang selamat dan dipercayai adalah keutamaan kami. Kami mementingkan pengalaman pengguna agar pengguna merasa selamat untuk berbelanja dengan mudah. Di PGMall juga, kami menggunakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk perbankan dalam talian dari semua Bank-bank utama di Malaysia.
Kategori
TELEFON & TABLETHuawei , VIVO , Samsung , Honor , Sony , Lenovo , One Plus , Alcatel , Meizu , OPPO , Powerbanks , Pineng , Asus , Tablet , Sarung iPad, XiaoMi , Aksesori Telefon , Cases ,arung Telefon , Dok , Telefon Asas , Tablet WiFi , Kad Memori
Komputer Riba Lenovo, Storage , Komputer Riba Asus , HP , Dell , Pencetak & Dakwat , Permainan PC ,Pencetak Pelbagai Gunas , Router , Pengimbas, Perisian , Kabel , Sarung Komputer Riba , Dakwat Inkjet , Laser Toners , Suis , Pencetak & Laserjet
SUKAN & AKTIVITI LUAR
Basikal, Perkhemahan & Pendakian, Yoga & Kesihatan , Garmin, Kelengkapan Larian , Jam & Kacamata Sukan , lagi...
KEMBARA & BAGASI
Bagasi kanak-kanak, Penutup Passport, Beg Weekender , Beg Kelengkapan Peribadi & Kosmetik , Kunci Bagasi , Beg Kembara , Jam , Kacamata , Barang Kemas , Jam Lelaki , Jam Wanita , Timex , Seiko , Casio , Nixon , Fossil , Puma , G-Shock , Baby-G , Ray-Ban , Kacamata Lelaki , Kacamata Wanita , Oakley , Barang Kemas Lelaki , Barang Kemas Wanita, Jam Lelaki , Jam Wanita
Payment
Affiliate Marketing Solutions Partner
Affilliate and Merchant Integration Partner